Buffet Ramadan Iftar Harmoni di Bangi Golf Resort
Untuk Ramadan kali ini, Bangi Golf Resort (BGR) menjemput para tetamu untuk berkumpul dan menikmati pengalaman berbuka puasa yang bermakna, menggabungkan keenakan hidangan istimewa, kekayaan budaya serta layanan mesra yang menjadi keutmaan. Bermula pada 20 Februari hingga 19 Mac 2026, BGR akan menyajikan Buffet Ramadan Dengan Cita Rasa Terkini, menghidangkan variasi juadah tradisional yang digemari ramai juga sajian baharu yang kreatif, penekanan kualiti dan kelestraian.
Para tetamu berpeluang menikmati lebih daripada 100 pilihan hidangan istimewa yang menyelerakan, menampikan resipi istimewa hasil sentuhan pasukan kulinari BGR. Antara hidangan istimewa yang menjadi kegemaran ramai termasuk Kambing Golek, Sup Kambing Mamak, Satay Ayam resepi istimewa, Gyoza Dumpling istimewa, Nasi Kerabu, serta hidangan popular Telur Sosu Vide bersama Cendawan Espuma.
Yang menambahkan kemeriahan Ramadan tahun nie lagi, BGR turut memperkenalkan sajian tradisional India Selatan seperti Ayam Pallipalayam, Mutton Ghee Roast, Sayur Kurna, Sambar, Telur Podimas dan Gobi Manchurian. Selain tu ada juga disediakan pencuci mulut klasik India Selatan seperti Kesari dan Payasam.
Untuk yang gemar makanan Jepun, BGR juga menyediakan Ramen Ayam Tradisional dan Ramen Dumpling Udang yang menyelerakan, dimasak menggunakan stok udang Jepun istimewa yang direneh dengan penuh teliti dan diolah khas mengikut cita rasa tempatan yang menghasilkan gabungan unik antara keaslian tradisi Jepun dan sentuhan moden yang mengikat selera.
Untuk peminat pencuci mulut pula, ada pelbagai jenis kuih muih tradisional, termasuk Pulut Putih Bersama Durian yang lemak manis dan menjadi kegemaran ramai. Selain tu ada juga hidangan pencuci mulut ala Barat yang melengkapkan lagi bufet, dan juga stesen Churros 'Live' yang dihidangkan panas bersama sos coklat buatan sendiri yang menambahkan kemeriahan dan memberikan sentuhan ceria berbuka puasa kat sini.
Untuk anak-anak juga tak dilupa dengan hidangan aneka manis dan lazat seperti Mac & Keju, Kentang Goreng Berperisa, Ais Krim Lembut, Bertih Jagung Karamel dan Gula-Gula Kapas juga disediakan Istana Belon untuk hiburan anak-anak.
BGR juga seperti yang kita tahu komitmen pada kualiti dan keselamatan makanan dengan pensijilan HALAL JAKIM (sejak 2009) dan pensijilan HACCP (sejak 2021). Pada tahun 2026, BGR melangkah setapak ke hadapan dengan memperoleh pensijilan FSSC 22000, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap piawan kebersihan dan keselamatan makanan bertaraf antarabang⁸sa yang lebih tinggi.
Demi keselesaan para tetamu, BGR juga menyediakan sehingga 800 petak parking percuma juga kemudahan surau yang luas dan selesa untuk kegunaan tetamu lelaki dan wanita. Senang kan semua ada dalam satu tempat, tak risau dah bab parking atau surau bila nak berbuka nanti.
Korang dah boleh mula tempah meja hari ini bersama keluarga tersayang atau pun kawan-kawan di Bangi Golf Resort Clubhosue. Ada harga menarik ditawarkan untuk tempahan berkumpulan dan luar waktu puncak dengan pembelian yang mudah dan pantas di laman web rasmi BGR. Semua harga tertakluk SST 6%.
Bufet Ramadan BGR
Harga Tempahan Awal ( 1 Januari - 19 Febuari 2026)
Dewasa : RM60.00+
Kanak-kanak : RM30.00+
Harga Online
Dewasa : RM70.00+
Kanak-kanak : RM35.00+
Harga Walk In
Dewasa : RM88.00+
Kanak-kanak : RM44.00+
Tempahan berkumpulan dengan harga istimewa boleh terus ke Bangi Golf Resort atau boleh terus hubungi Azizah 017 995 4926, 1700 82 1457 atau whatapps 011 7237 1374.

.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)



