Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Panduan Memilih Kasut Anak





Panduan Memilih Kasut Anak

Bagi kanak-kanak, kasut bukan sekadar pengalas kaki tetapi juga membantu pembentukan otot dan tulang kakinya yang masih sangat sensitif. Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan motivasi anak untuk berjalan. Gerak otot-otot tubuh bahagian bawah menjadi tidak terlatih dengan baik. Kesan negatifnya boleh terlihat di belakang hari. Untuk mendapatkan kasut yang ‘ideal’ bagi anak-anak, ibu bapa memegang peranan utama.

Sebagai pengguna anda berhak untuk mendapatkan produk yang terbaik untuk anda dan keluarga anda. Jika tidak salah jika anda terpaksa mencuba banyak kasut asalkan nilai anda berbaloi  dengan apa yang anda perolehi. Mungkin bagi sesetengah orang ia agak keterlaluan tetapi ingat, sebagai pengguna, kita berhak untuk mendapatkan produk yang berkualiti dan nilai untuk setiap wangn kita keluarkan. Berikut beberapa tip yang perlu anda perhatikan sebelum membelikan anak sepasang kasut. 

Fesyen.
  • Pilih kasut yang menutupi tulang mata kaki anak dan hujung kasut berbentuk bundar agar jari-jari kaki anak anda mudah bergerak dan berkembang dengan baik. Hindari kasut yang berhujung runcing kerana ia membuatkan gerak jemari kaki tersekat. Jangan beri anak anda kasut bertumit tinggi (kanak-kanak perempuan) kerana ia boleh membuatkan kaki anak anda cenderung ke depan. Ini mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki. 


Bahan untuk membuat kasut.
  • Kasut anak sepatutnya diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel, namun tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan kulit yang lentur, merupakan pilihan yang tepat. Hindari kasut yang diperbuat dari bahan keras kerana ianya berisiko akan mengganggu perkembangan tulang kaki. Akibatnya bentuk kaki anak anda tidak berkembang dengan baik. Sebaiknya jangan memilih kasut yang bahagian atasnya diperbuat dari bahan plastik kerana menghalang pengewapan. Bahagian dalam kasut cenderung lembap dan kaki anak anda mudah terkena jangkitan kulat. 


Ukuran.
  • Ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa. Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah dan perlu diukur beberapa kali dalam setahun.Sebaiknya sebelum membeli kasut, cuba dahulu kasut itu dikaki anak anda dalam keadaan anak anda berdiri dan anak anda memakai sarung kaki. Biasanya kaki kiri dan kanan tidak semestinya sama besar. Pilihlah kasut yang sesuai dengan ukuran kaki yang lebih besar. 


Bahagian dalam kasut.
  • Semestinya bahagian dalam kasut dilapisi pengalas yang lembut dan selesa untuk menyerap hentakan saat si kecil berjalan atau berlari di permukaan yang keras. 


Tumit kasut.
  • Pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi, maksimum hanya satu sentimeter. Pastikan juga bahan untuk membuat kasut ini adalah terdiri daripada bahan yang ringan dan empuk, tidak keras, sehingga anak anda mudah melangkahkan kaki dengan nyaman.



sumber: Puspanita Kementerian Pelancongan Malaysia

Read more »

Awas Kasut Tumit Tinggi






Awas Kasut Tumit Tinggi

Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
”Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

”Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

”Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,” katanya.

Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.


sumber: Puspanita Kementerian Pelancongan Malaysia

Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine