[MESTI BACA] Abaikan Isteri, Suami Ketagih WhatsApp

[MESTI BACA] Abaikan Isteri, Suami Ketagih WhatsApp

Ermmm...macam-macam kes sekarang kan..gara-gara WhatsApp hubungan suami isteri menjadi dingin siap jadi kes mahkamah lagi..dashyattt...huhu..ape2 pun individu tue kena la bijak  untuk menggunakan kemudahan teknologi yang ada jangan terlalu taksub sampai isteri atau suami diabaikan atau tidak di beri perhatian pulak..peringatan untuk kita bersama..

MANAMA – Seorang isteri di Yaman meminta mahkamah untuk memaksa suaminya memberi lebih perhatian kepada beliau kerana banyak masa dihabiskan dengan aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.
Dalam kes yang disifatkan sebagai luar biasa di negara itu, wanita berusia 30-an mendakwa suaminya mengalami ketagihan yang tidak normal terhadap mesej aplikasi mesej telefon bimbit terbabit sehingga mengabaikan isteri dan gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang lelaki.
Penduduk bandaraya Aden terbabit mengadu ketagihan suaminya itu begitu membimbangkan sehingga beliau terpaksa meminta hakim memaksa si suami untuk membahagikan masa antara isteri, teman dan WhatsApp secara adil.

Kes luar biasa
Ini adalah satu kes yang luar biasa tetapi ia sebenarnya adalah menggambarkan keadaan dunia Arab masa kini, kata Rasha, seorang peguam di Manama.
Melarikan diri dari dunia realiti ke dunia maya atau ke dalam dunia fantasi kini adalah perkara biasa dan keluarga semakin teruk menderita, katanya dalam komen terhadap kes berkenaan.
WhatsApp Inc yang berpejabat di California bulan lalu berkata aplikasi bagi mesej segera telefon bimbit kini memiliki lebih 400 juta pengguna yang aktif setiap bulan.

Aplikasi yang dibangunkan untuk telefon pintar pada 2009 itu kini dinaiktaraf untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan multimedia seperti foto dan video.

sumber: http://mynewshub.my/kisahbenar/
Read more »

[WAJIB BACA] HIPERHIDROSIS : PELUH BERLEBIHAN



[WAJIB BACA] HIPERHIDROSIS : PELUH BERLEBIHAN

Masalah perpeluhan berlebihan pada anggota badan. Keadaan peluh yang melampau ini ialah sejenis penyakit yang dikenali sebagai hiperhidrosis. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui keadaan ini sebagai penyakit. Kebanyakannya beranggapan ia sebagai masalah biasa yang terjadi pada semua orang. Dari segi perubatan, hiperhidrosis ialah masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.

Ada tiga jenis hiperhidrosis, iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan, kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan dan sebahagian kecil kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahu pun perempuan dan ia juga tidak mengira faktor usia.
Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, saudari perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan.

Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. Penyakit–penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan berpeluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hiperhidrosis yang boleh dirawat dengan betul. Malah ada beberapa ujian yang perlu dilalui.
Dari segi rawatan, usaha mengatasi hiperhidrosis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor. Selain itu, ada pelbagai ubat yang turut digunakan untuk merawat hiperhidrosis. Suntikan toksin Botulinum atau Botox misalnya, amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis pada telapak tangan dan di bawah ketiak.

Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan.
Oleh kerana rawatan hiperhidrosis ialah sesuatu yang mencabar dan keberkesanannya tidak seratus peratus, maka saudari perlu berjumpa pakar untuk kaunseling.




Read more »

[MESTI BACA] Keputihan Atau Air Ketuban



[MESTI BACA] Keputihan Atau Air Ketuban

Keputihan atau lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan, iaitu pengeluaran lelehan pekat, berwarna putih seperti krim, terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda, merasa sakit apabila bersama suami dan rasa sakit apabila membuang air kecil, simptom sebegini adalah disebabkan jangkitan.
Lelehan yang keluar dari faraj mungkin disebabkan lendir atau keputihan dan juga air ketuban yang pecah.

PUNCA
Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada di dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita atau secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.
Namun, ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro organisma lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. Seseorang wanita juga mudah mengalami masalah ini jika anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.

BERJUMPA DOKTOR
Jika anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenal pasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti sama ada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.
Doktor anda mungkin akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu memberikan apa-apa ubat pada ketika itu.
Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu sama ada ia selamat diambil ketika hamil.

KESAN KE ATAS BAYI
Bayi anda selamat dan terlindung di dalam rahim dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. Jika bayi yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payu dara anda juga.
Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak selesa, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat.




Read more »

[WAJIB BACA] BAHAYA MINYAK MASAK





[WAJIB BACA] BAHAYA MINYAK MASAK

MENURUT Pakar Pemakanan dari DEMC Hospital Shah Alam, Siti Nurhayati Ali, penggunaan minyak masak dalam menyediakan hidangan bagi tumisan mahupun gorengan perlu dihadkan dalam masakan seharian apatah lagi sekiranya minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali.
Katanya, semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia.

Sisa toksik ini juga tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng. Oleh itu, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik yang terkumpul.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

"Apabila seseorang makan makanan itu, ia mengundang masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.
"Oleh kerana itu, sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.

"Itupun bergantung kepada perubahan struktur atau kelikatan warna minyak berkenaan," kata Siti Nurhayati.
Beliau menambah, sekiranya minyak berkenaan telah bertukar warna dan kelikatannya, kelihatan kehitaman atau perang kehitaman, minyak berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang.

Siti Nurhayati juga menjelaskan minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.
Ini kerana darah haiwan yang bercampur ke dalam minyak berkenaan akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
"Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, kuih-muih dan sebagainya.

"Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang," katanya.
Siti Nurhayati mengakui, disebabkan mahu mengurangkan kos, kebanyakan peniaga akan menggunakan minyak masak berulangkali.
Sekiranya peniaga perlu juga menggoreng dalam minyak yang sama, gorengan berkenaan perlu dilakukan dengan cepat dan tidak perlu direndam (di dalam minyak) terlalu lama.
"Sebagai pengguna, kita perlu lebih peka dengan makanan yang dibeli dan perlu bersikap memilih terhadap gerai atau kedai makanan. Jika berkesempatan lihat dahulu sama ada minyak yang digunakan adakah telah bertukar kehitaman.

"Ini kerana minyak yang digunakan berulangkali akan bertukar menjadi gelap akibat pembentukan karbon. Minyak ini berbahaya kerana mengandungi bahan toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang tinggi," katanya.
Siti Nurhayati menambah, bukan hanya minyak yang hangus sahaja membahayakan malah makanan yang hangus seperti contoh sate, roti bakar, charkueytiau atau apa sahaja makanan yang bewarna hitam akibat sisa hangus adalah tidak elok kerana mengandungi HNE.
Pengambilan makanan hangus untuk jangka masa panjang boleh mengundang penyakit keradangan dan kanser di dalam badan.

Siti Nurhayati menerangkan, pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.

Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikkannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.
"Minyak zaitun sebagai contoh adalah minyak mono tidak tepu. Minyak ini baik kerana ia mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.
"Contoh-contoh minyak mono lain adalah minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari. Minyak-minyak ini juga mempunyai omega 3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.

"Walaubagaimanapun, minyak tidak tepu ini tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa yang lama atau terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi kerana minyak ini akan cepat hangus," katanya.
Siti Nurhayati menyarankan agar setiap isi rumah mempunyai dua jenis minyak masak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu.
Gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau deep fry manakala gunakan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu seperti minyak zaitun untuk menumis atau dijadikan sos salad (salad dressing).

Namun apa pun makanan bergoreng perlu dihadkan kepada tiga kali seminggu manakala bagi hari-hari lain pilihlah cara masakan yang lebih sihat seperti sup, kukus, panggang dan gril. Apabila minyak digunakan terlalu banyak ia juga sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan badan dan kolesterol yang tinggi. 

1 gram (gm) minyak = 9 kalori
berbanding 1 gm karbohidrat = 5 kalori

1 sudu makan minyak = 15 gram sebab itu 1 sudu makan minyak = 15 gram x 9 kalori = 135 kalori

Cuba bayangkan sekiranya minyak yang digunakan dalam jumlah yang banyak.

Agaknya berapa ratus atau ribu kalori yang kita serap setiap kali makan makanan yang bergoreng?


 sumber 

Read more »

[PETUA] Rawat Pecah Kulit Di Perut




[PETUA] Rawat Pecah Kulit Di Perut

Selepas bersalin, perut ibu akan berubah dan jadi pecah-pecah kulit. Jadi anda boleh mengamalkan beberapa petua yang mampu kembalikan perut anda seperti asal.

Salah satu cara ialah amalkan menyapu minyak zaitun di perut tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.

Anda juga boleh guna cara dengan perahkan air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh sehingga sebati lalu disapu ke perut. Kemudian balut dengan barut. Lakukan setiap kali selepas mandi.

Petua lain, anda boleh ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.

Selain itu ibu-ibu boleh juga rebus secupak asam gelugur bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugur hancur tadi, pupukan ke perut kemudian barut. Amalkan selama 44 hari.

sumber; facebook
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine