Menerjah Ke ALAM DINOSAUR di Dinoscovery, Avenue K, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum. Sedikit ni Cikma nak ceritakan pasal Dinasaur. Maklumat ni Cikma ambil daripada Mr. Wiki, hehehehe.
Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr Richard Owen untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun 1842. Bukan semua haiwan yang hidup pada zaman prasejarah itu dianggap sebagai dinosaur.
Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada 30 meter panjang (100 kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor ayam. Kehidupan dinosaur juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup dalam kawanan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan.
Dinosaur mempunyai ciri-ciri pembiakan seperti burung, iaitu membuat sarang, bertelur
serta menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus
di dalam sangkak yang dibuat daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan
kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh ditimbus di dalam
lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir.
Pengelasan dinosaur
Setiap jenis dinosaur dikenali sebagai spesies, dan beberapa spesies
membentuk genus. Satu spesies berserta jurai lelurur dan keturunannya
membentuk kumpulan yang dikenali sebagai clade. Diagram cladogram pula
menggambarkan beberapa clade yang diketahui. Sebagai contoh,
Tyrannosaurus rex termasuk dalam clades semakin besar dari
Tyrannosaurus, tyrannosaurs, coelurosaurs, tetanurans, theropods, dan
saurischians.
Baru-baru ni, CikMa berpeluang untuk merasai satu pengalaman yang baharu apabila CikMa sekeluarga dapat berpeluang untuk mengembara dan berkenalan dengan Dinosaur di Dinoscovery, Avenue K, Kuala Lumpur.
Baru-baru ni, CikMa berpeluang untuk merasai satu pengalaman yang baharu apabila CikMa sekeluarga dapat berpeluang untuk mengembara dan berkenalan dengan Dinosaur di Dinoscovery, Avenue K, Kuala Lumpur.
Terima Kasih Destination Malaysia, Paris & Lan Careno kerana memberi peluang kepada CikMa dan keluarga untuk merasai sendiri pengalaman ni. Bertempat di Avenue K, Kuala Lumpur, CikMa bersama suami & anak teruna telah dapat ke sana. Kiranya ni sesi khas kerana CikMa pergi bersama-sama dengan Blogger-blogger hebat tau. Antaranya Lan Careno, Dauz Redscarz, JMR, Angah Judin dan lain-lain. Mr Suami, Que Achmad pun ada jugak, hehehhee. Of Course lah, hehehhe.
Pertama sekali, CikMa sekeluarga telah dibekalkan dengan Vest Pengembaraan. Dengan memakai 'vest' Ahli Paleotology, maka bermulalah kembara kami.... CikMa taknak menulis banyak dalam entri ni. Apa yang Cikma nak kongsikan hanya CikMa dapat luahkan dengan gambar-gambar keterujuaan CikMa dalam mengikuti pengembaraan ke alam dinasaur ni je. Jom bersama-sama Cikma...
kredit: Lan Careno |
Kalau korang semua nak tahu, semua Dinosaur yang ada kat Dinoscovery ni dibuat pada skala saiz sebenar. Siap ada bunyi Dino sebenar lagi. Menarik kan... Korang takkan menyesal tau kalau korang datang ke sini. Korang akan dapat banyak pengetahuan yang berguna tentang binatang zaman PraSejarah ni.
Anak teruna CikMa pun tak nak lepaskan peluang untuk sama-sama mendapatkan info tentang Dinosaur di Dinoscovery ni. Tersengeh je dia sepanjang masa. Alhamdulillah, Tengku Ean Rifqee tak meragam langsung semasa di Dinoscovery sb dia sangat suka.
Mr Suami, Que Achmad pun apa lagi, teruja sama, hehehhe
saiz sebenar tau |
Tengku Ean Rifqee juga tidak ketinggalan dapat pakai jugak Vest Dinoscovery. Walaupun saiz vest tu besar sikit daripada badannya, hehehhe. Takpelah, janji dapat pakai tu pun dah kira marvellous dah, hehehhehe
Sempat bertenggek di bawah T-Rex dan bergambar. Kalaulah di alam nyata, apa agaknya dah jadi pada CikMa & Tengku Ean Rifqee ek? hehehhehe
Dapat sentuh Dino woooo, hebat betul.
Melangkah masuk je di Dinoscovery ni, akan ada pelbagai aktiviti yang menarik untuk korang dan anak-anak boleh lakukan. Bukan setakat dapat tengok dino, tapi korang juga boleh buat aktiviti yang pelbagai. Di setiap perhentian, ada diterangkan dengan jelas mengenai Dinosaur yang telah di pamerkan. Info berguna seperti ni korang tak akan dapat punya di tempat lain. Ni antara permainan yang korang semua boleh cuba di sini. CikMa dah cuba, korang bila lagi?
CikMa takut nak naik T-Rex ni. So, biarkan pada Mr Suami je lah, hehehheehe.
T-Rex je CikMa takut. Tapi yang ni, CikMa ok je. Aummmmmmm.....
Akhirnya, Tengku Ean Rifqee pun tertewas, tidur juga dia last-last pengembaraan kami.
Tengku Ean Rifqee pakai vest Dinoscovery |
Dekat pintu keluar, terdapat Gift Shop dan ruang aktiviti bagi anak-anak korang melukis dan mewarna. Kat sini juga terdapat sebuah Cafeteria. Selesa bila di Dinoscovery ni sebab semua kemudahan ada disediakan dengan secukupnya.
Korang bolehlah ke Gift Shop untuk membeli gambar-gambar korang yang dirakam untuk dijadikan kenang-kenangan korang berkunjung di Dinoscovery Avenue K, Kuala Lumpur ni
sempat posing lagi di Gift Shop, hehehhe |
Cafeteria |
Sesi bergambar sebelum balik. Kredit: Lan Careno |
CikMa petik kata-kata Blogger Lan Careno, kat sini ada 15 aktiviti interaktif yang berunsurkan 'edutainment' iaitu mendidik sambil berhibur... harga tiket masuk adalah RM35 untuk kanak-kanak dan RM25 untuk dewasa... untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU harga tiket hanya RM19... Call 03-2181 7218 untuk info lanjut...
Kalau nak tahu banyak lagi info percutian menarik di Malaysia termasuk
tempat tumpuan pelancong, pakej percutian, tempat penginapan, pusat
membeli belah, acara-acara menarik yang berlangsung di Malaysia dan
banyak lagi... korang boleh refer di website Destination Malaysia (klik) atau Facebook Destination Malaysia (klik)...