Showing posts with label Muzik. Show all posts
Showing posts with label Muzik. Show all posts

[PETUA] Hafiz Minum Kicap Pekat!


[PETUA] Hafiz Minum Kicap Pekat!

PENCAPAIANNYA dalam industri muzik tempatan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Kemerduan dan kelantangan suara yang dimiliki penyanyi remaja, Hafiz Suip nyata mampu membawa karier nyanyiannya sehingga ke tahap yang membanggakan.

Bagi meneruskan kejayaan itu, Hafiz kini tampil dengan buah tangan terbarunya berjudul Luahan Hati Anak Seni, yang merupakan album ketiganya.

Album yang berkonsep 'mini magazine' ini mempertaruhkan sembilan buah lagu ciptaan komposer dan penulis lirik hebat Malaysia dan Indonesia seperti Ajai, LY dan Baiduri, Kuncidemak, serta Satriyaa Anggun.

"Secara keseluruhannya, genre lagu-lagu yang terkandung dalam album ini adalah balada. Penghasilan album ini adalah khas buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong karier saya.

"Selain peminat, saya turut menghargai sokongan keluarga yang sentiasa membantu saya sejak awal. Oleh itu, dengan penghasilan album ini saya mahu dikenali sebagai Hafiz Suip kerana mahu berkongsi kejayaan ini bersama mereka," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya, kelmarin.

Tambah Hafiz, banyak pengalaman dan cabaran baru yang ditimba sepanjang proses penghasilan album tersebut dijalankan. 

"Gara-gara demam dan tiada suara semasa proses rakaman di Indonesia, atas cadangan krew di sana saya terpaksa minum kicap pekat yang dicampur dengan perahan limau nipis.

"Alhamdulillah, petua itu berkesan dan saya dapat sempurnakan proses rakaman dengan baik," katanya tersenyum gembira.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Bahagiamu Deritaku, Mungkinkah, Hanya Ingin Kau Cinta, Deklamasiku, Kesimpulan, Patah Hati, Satu Cerita, Muara Hati dan Matahari.

Walaupun telah berjaya menghasilkan dua album sebelumnya, nyata kemunculan Luahan Hati Anak Seni kali ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri apabila Hafiz telah menyumbang dua buah lagu ciptaannya sendiri.

"Dalam album ini saya ada cipta dua buah lagu iaitu Deklamasiku dan Mungkinkah. Saya akui penghasilan dua lagu ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri.

"Boleh dikatakan semua lagu yang ada dalam album ini adalah luahan hati saya sendiri tentang pengalaman hidup dan pengalaman pahit saya dalam bercinta," jelasnya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/
Read more »

Kebudayaan Malaysia



Kebudayaan Malaysia  

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia.

Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama BuddhaTaoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin,  Hokkien,Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli.

Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit,silat dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.

Seperti rakyatnya,makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih muih yang menepati selera pelancong luar negara dan tempatan.

sumber: wikipedia (ensiklopedia bebas)
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine