Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wajib Baca [Petua Halau Lipas]


Wajib Baca [Petua Halau Lipas]
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  • Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  • Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
  • Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
sumber:http://www.wom.my/
Read more »

[EKSKLUSIF] PETUA MENGHILANGKAN BATUK BAYI





[EKSKLUSIF] PETUA MENGHILANGKAN BATUK BAYI

Assalamualaikum...
Sebagai ibu baru banyak yang CikMa kena belajar dan ambik tahu berkaitan dengan bayi ne..terutama apabila melibatkan kesihatan bayi itu sendiri..risau apabila melihat anak kesayangan tidak selesa dengan batuk hingga penyusuannya terjejas dan tidurnya terganggu..selain kita rujuk kepada doktor pakar kita juga boleh menggunakan petua orang lama sebagai iktiar lain selain memberi ubat dari doktor..di bawah ne CikMa ada kongsikan petua untuk menghilangkan batuk bayi anda..

. Cara pertama : Madu asli.

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.
. Cara kedua : Kunyit hidup atau bawang putih.
Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.
Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
.Cara ketiga : Daun Kaduk.
Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.
. Cara keempat : Kismis.
Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
. Cara kelima : Daun Bunga Tahi Ayam.
Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi.

sumber:facebook

Read more »

[WAJIB BACA] Punca Dan Cara Melegakan Bengkak Susu




[WAJIB BACA] Punca Dan Cara Melegakan Bengkak Susu 


Ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu mesti tahu betapa sakitnya bila kena. Sampai rasa nak demam dan nak menangis. Tapi tak tahu nak buat apa. Pertama sekali kita kena tahu kenapa bengkak susu ni terjadi.

~ Punca Bengkak Susu ~

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. 

Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

1) Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
2) Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
3) Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
4) Jangkitan yis
5) Stress
6) Tak cukup tidur
7) Salah cara lekapan bayi

Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

~ Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat? ~

1) Susukan anak sekerap yang boleh
Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2) Cuba variasikan posisi penyusuan
Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar. Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3) Tuam
Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4) Berehat
Dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5) Susukan anak yang lebih besar
Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6) Amalkan Lecithin dalam diet harian
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

7) Kuatkan imunisasi tubuh
Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

sumber: https://www.facebook.com





Read more »

[MESTI BACA] Petua Mencegah Kelemumur




[MESTI BACA] Petua Mencegah Kelemumur

Pilihan 1: Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang.

Pilihan 2: Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

Pilihan 3: Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Kelemumur akan hilang.

Pilihan 4: Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

Pilihan 5: Tumbuk 13 helai daun pandan hingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu disaring dan usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang terdapat kelemumur. Seterusnya bilas rambut anda dengan air biasa.

Pilihan 6: Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu. Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.

Pilihan 7 : Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Pilihan 8 : Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Pilihan 9: Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, sapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali sebelum mandi.

Pilihan 10: Perahkan air limau purut ke atas kulit kepala anda. Lumurkan rata-rata dan biarkannya beberapa jam. Biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala yang kering dan bersih. Basuh rambut anda dengan air suam.

sumber: facebook
Read more »

[EKSKLUSIF] Petua Melebatkan Rambut Berkesan Dan Mudah



[EKSKLUSIF] Petua Melebatkan Rambut Berkesan Dan Mudah | CikMa nak kongsikan dengan korang cara, tips atau petua untuk melebatkan rambut. CikMa amik tips ne daripada Dr Fuh. Jom kita cuba amalkan petua ni. Jangan lupa memohon kepada Nya juga.

Petua Melebatkan Rambut

  • Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 minit.Amalkan tiga kali seminggu.
  • Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit. Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali.
  • Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.Ulangi selalu dan lihat hasilnya.
  • Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.
  • Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada, bolehlah gantikan dengan santan segar. Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras. Setelah cukup garing, sejukkan dan kisar halus. Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut. Sapukan pada seluruh kepala, biarkan semalaman dan bilas.
  • Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur. Kemudian,masukkan sedikit air dan perah. Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau rata dan simpan semalaman. Keesokan harinya, sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam. Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.
  • Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa. Lumurkan pada rambut. Biarkan beberapa minit.Kemudian bilas dengan air suam.
  • Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.

Read more »

Penjagaan Pakaian Dan Barangan Kulit




Penjagaan Pakaian Dan Barangan Kulit

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian 
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian. 

Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa. 

Pakaian Terkena Karat 
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa. 

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian 
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa. 

Pakaian Terkena Cat 
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa. 

Membersihkan Tekat Benang Emas 
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan. 

Memutihkan Kain 
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu. Campurkan dengan air. Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman. Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa. 

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang. 

Mengeringkan Kasut Sekolah - Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk. 

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa. 

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa. 

Menghilangkan Minyak di Kain 
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya. 

Mengekalkan Warna Pakaian  
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa. 

Mengekalkan Warna Kain Batik
1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman. 

Menaikkan Seri Kain Sutera  
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri. 

Melancarkan Perjalanan Zip  
Jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar. 

Mengilatkan Kasut Kulit 
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat. 

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit 
Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.  Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.  Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

sumber: facebook
Read more »

5 Makanan Membantu Banyakkan Susu


 

5 Makanan Membantu Banyakkan Susu 

➊ Daun Alfalfa
Kalau di pasaraya ada dijual Alfalfa sprout.Kalau ada jenis tablet tu pun boleh juga.

➋ Halba/fenugreek
Halba biasanya digunakan dalam masakan. 

➌ Kurma
Kurma membekalkan kalori untuk ibu menyusu. Rendam kurma semalaman dalam air susu, dan blend esoknya bersama air susu. Sedap di minum sejuk

➍ Susu
Susu mengandungi kalsium. Kalsium merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. 

➎ Tempe
Tempe mengandungi protein yang tinggi. Protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. 

Walau bagaimanapun, asas penyusuan seperti kerap perah/ pam susu tetap tak boleh ditinggalkan. Kalau asas penyusuan tak di buat, makan lah banyak mana pun supplement, susu tetap tak akan banyak.

sumber: facebook
Read more »

35 Petua Belajar Cemerlang Dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah






35 Petua Belajar Cemerlang Dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah

Sempena dengan sesi persekolahan yang baru sahaja di buka semula ne CikMa ingin kongsikan 35 petua untuk menjadi pelajar cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
sumber:  Dato' Dr Fadzilah Kamsah (petua belajar cemerlang)

Read more »

Petua Untuk Bakal Bapa





Petua Untuk Bakal Bapa

Sebaik ada anak, tugas automatik yang wajib diketahui oleh bakal bapa adalah menukar lampin. Pertama kali melakukannya pasti anda akan kelam kabut. Mana hendak pujuk si kecil yang rancak menangis, mana hendak tahan bayi daripada terkencing semula dan mana hendak mengambil keperluannya.

Selain daripada berhadapan dengan masalah kelam kabut ketika menukar lampin bayi, pasti papa dan mama turut tertanya-tanya berapa kerap hendak menukar lampin anak dalam sehari?

Seeloknya, menukar lampin anak secara kerap terutama ketika usia masih bayi. Ini kerana air kencing mereka mengandungi bakteria dan boleh menyebabkan kulit menjadi merah dan seterusnya mengakibatkan ruam lampin.

Pastinya anda sudah memahami rutin bayi membuang najis dan ia memudahkan anda mengagak bilakah waktu paling sesuai untuk menukar lampin bayi. Biasanya sebaik bangun dari tidur, tukarlah lampin si kecil.

Biasanya bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya dan kencing setiap satu hingga tiga jam. Oleh kerana kebanyakan lampin pakai buang sekarang mempunyai serapan kebasahan yang baik, mungkin bayi tidak akan menangis akibat lampin basah. Maka, anda perlu periksa tahap kebasahan lampin bayi dalam masa dua jam sekali untuk mengelakkan kulitnya merah.

Jangan lupa juga menukar lampin bayi sebelum mereka tidur untuk mengelakkan bayi terjaga ketika tidur kerana tidak selesa.

Untuk mengelakkan masalah kelam kabut ketika menukar, pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan berdekatan :

*Ruang yang selamat

*Tisu basah atau air suam

*Lampin bersih

*Krim lampin

*Persalinan pakaian bersih

*Bekas membuang lampin kotor

Untuk mengelakkan bayi bergerak (terutama bayi yang sudah pandai meniarap), alihkan pandangannya dengan memberikan alat permainan supaya dia leka dan mudah untuk anda menyelesaikan tugas menukar lampin.

sumber: facebook
Read more »

PETUA KURANGKAN BAYI DEMAM KUNING @ JAUNDICE

PETUA KURANGKAN BAYI DEMAM KUNING @ JAUNDICE


Antara petua-petua yang boleh di cuba



1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.


2. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.


3.Berhenti makan jamu atau makan benda-benda yang panas seperti halia dan lada hitam sehingga bayi anda sembuh sepenuhnya

4.Elakkan warna kuning di sekitar anak anda seperti pakaian, alas bayi, sarung katil atau bantal, langsir dsb.

Atau anda boleh merebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa sebagai cara pengubatan lain.

5.Mandikan bayi dengan air bunga yang boleh didapati di kedai ubat cina 2 kali sehari. pergi kedai ubat cina minta ubat untuk bayi sakit kuning, dia akan bagi bunga kekwa yang dah kering bersama-sama herba, balik rumah rebus bunga dengan air sampai mendidih, biarkan suam-suam kuku, lepas tu baru mandikan bayi 


6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan beri minum pada bayi anda sekali sehari.
7.Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan.



Sumber: PaMa
Read more »

Perut Mengeras Semasa Hamil



Perut Mengeras Semasa Hamil

Kenapa ye perut mengeras? Mungkin baby sedang meregangkan badan dalam perut , buat senaman.

Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung:

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil



1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan

sumber: Facebook
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine