Showing posts with label Hadis Rasulullah SAW. Show all posts
Showing posts with label Hadis Rasulullah SAW. Show all posts

[WAJIB BACA] Hadis Dan Dalil Menahan Diri Daripada Perasaan Marah




[WAJIB BACA] Hadis Dan Dalil Menahan Diri Daripada Perasaan Marah | Nabi bersabda, “Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)


Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi saw., “Berilah saya nasihat”. Nabi bersabda, “Tahan marah”. Lelaki itu ulangi permintaannya dan Nabi tetap menjawab, “Tahan marah”. (HR. Bukhari).

Ada seorang lelaki menemui Nabi saw., “Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya ke syurga dan dijauhkan dari neraka”. Nabi menjawab, “Jangan luahkan kemarahanmu." (HR. Thobrani, Shohih)

Nabi SAW bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi s.a.w. bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim) 

Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)

Nabi bersabda: "Sesiapa menahan kemarahan pada hal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

Wallahu 'alam.

Read more »

Surah Bacaan Ketika Mengandung




credit: fizgraphic dot com

Surah Bacaan Ketika Mengandung 


  1. Surah Al-Fatihah ¨C untuk terang hati dan kuat ingatan.
  2. Surah Maryam ¨C Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  3. Surah Luqman ¨C Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  4. Surah yusuf ¨C Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
  5. Surah Hujurat ¨C Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  6. Surah Yaasin ¨C Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  7. Surah At-Taubah ¨C Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  8. Surah An-Nahl ¨C Untuk melahir anak yang berdisiplin.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

¡° Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.¡± (Riwayat Muslim)

Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;

¡ö Mengamalkan solat wajib dan sunat

¡ö Mengamalkan zikir

¡ö Membaca al-Quran

¡ö Mendengar muzik yang tenang

¡ö Membaca buku-buku ilmiah

¡ö Berbual dengan anak dalam kandungan

¡ö Menjaga adab dan emosi

¡ö Tidak tertekan atau stress

¡ö Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan

¡ö Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)

¡ö Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

¡ö Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar

sumber: facebook
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine