Showing posts with label Bahaya. Show all posts
Showing posts with label Bahaya. Show all posts

[WAJIB BACA] KAFIEN PUNCA SUSU IBU KERING



[WAJIB BACA] KAFIEN PUNCA SUSU IBU KERING

Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil. Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadi. Kebanyakan masalah yang wujud pada awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Masalah ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.
Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, mengehadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak betul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda 'kosong' dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30 hingga 40 minit untuk setiap penyusuan.
Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga dia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.
Beberapa faktor menyebabkan susu tidak mencukupi seperti merokok, mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih daripada lima cawan kopi sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga.
Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap susu ibunya (biasanya ia bersifat sementara).


Read more »

Wajib Baca [Petua Halau Lipas]


Wajib Baca [Petua Halau Lipas]
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  • Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  • Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
  • Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
sumber:http://www.wom.my/
Read more »

[MESTI BACA] Minuman Berkafein Bolehkan Diambil Ketika Hamil?



[MESTI BACA] Minuman Berkafein Bolehkan Diambil Ketika Hamil?


Ramai yg masih keliru tentang pengambilan kafein sepanjang waktu kehamilan. Bagi mereka yg ketagih teh, kopi & minuman bergas, tentu akan berasa sukar utk meninggalkan minuman ini. Ada yg mengatakan minuman itu boleh diambil sepanjang kehamilan, tetapi memadai satu cawan satu hari. Ada kajian yg mengatakan mereka yg kerap mengambil kafein sehingga melebihi 300mg sehari, mempunyai risiko mengalami keguguran, kemungkinan lahir tidak cukup bulan atau bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Sbb2 mengapa anda perlu menghindari minuman yg mengandungi kafein adalah:

a) kafein akan meningkatkan degupan jantung serta metabolisma anda,
b) sukar tidur
c) anda akan sentiasa berasa cemas
d) sakit kepala
e) pedih ulu hati
f) kafein yg bersifat diuretic akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil
g) anda akan kehilangan kalsium
h) kafein yg berlebihan akan menyebabkan tubuh sukar menyerap zat besi. (zat besi amat diperlukan semasa kehamilan)

Perkara2 di atas amat jelas bagi membuatkan anda mengambil kafein dlm jumlah yg berlebihan. Selain teh kopi dan minuman bergas, kafein juga boleh didapati dalam coklat juga beberapa jenis ubat sakit kepala, selsema dan alergi. Tentu sekali makanan2 ini tidak mempunyai khasiat yg baik bg anda juga kandungan anda. Elakkan mengambil minuman berkafein & berubahlah kepada minuman seperti air suam, susu & jus buah2an, kerana minuman sebegini amat berkhasiat utk anda & bayi.

sumber: facebook
Read more »

Awas Kasut Tumit Tinggi






Awas Kasut Tumit Tinggi

Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
”Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

”Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

”Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,” katanya.

Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.


sumber: Puspanita Kementerian Pelancongan Malaysia

Read more »

Bahaya ‘slipped disc’

Bahaya ‘slipped disc’

Sakit belakang badan, terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Namun, ada juga sakit disebabkan masalah serius dan memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.
Tulang belakang manusia bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tetapi membabitkan tulang berbentuk kiub. Tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya. Di bahagian belakang tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia. Cakera ini melekat kuat pada tulang belakang. Ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.
Namun, ia boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini.
Keadaan ini biasanya dipanggil ‘slipped disc’.Keadaan slipped disc biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutama membabitkan golongan lelaki. Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya pada bahagian tengkuk.

Individu yang berisiko ialah mereka yang bekerja mengangkat benda berat, perlu duduk untuk jangka masa panjang, terlalu aktif pada usia muda atau yang pernah mengalami kecederaan atau kemalangan membabitkan tulang belakang.
Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat. Namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil. Jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh ke belakang, ia akan menyebabkan saraf tunjang terganggu. Simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku.

Cetusan rasa seperti renjatan elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis. Lebih teruk, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan menyebabkan komplikasi kekal seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing, gagal mengawal saluran dubur serta boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.

Ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini kerana x-ray hanya dapat melihat tulang, bukan cakera itu. Oleh itu, ujian terbaik ialah melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian tertentu tulang belakang. Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenal pasti sejauh mana saraf pesakit terhimpit oleh cakera itu.

Rawatan bagi pesakit yang mengalami slipped disc bergantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit. Hampir 80 peratus pesakit tidak perlukan pembedahan. Ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan fisioterapi adalah rawatan awal.Suntikan turut diberi jika sakit tidak terkawal.

Jika komplikasi pada saraf berlaku, pembedahan tidak dapat dielakkan. Selain rawatan, penjagaan mekanik badan sangat penting. Ini untuk mengelak cakera berkenaan terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku. Pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan tidak mengangkat benda berat selain mengurangkan aktiviti lasak.

Senaman khas boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.

sumber: myMetro (sihat)
Read more »

Perlu Elakkan Ketika Hamil


Perlu Elakkan Ketika Hamil

Assalamualaikum..Semasa meniti alam kehamilan nie banyak perkara yang perlu di ambil tahu terutamanya bagi yang pertama kali bakal menjadi seorang ibu.Ketika hamil ada banyak perkara yang bakal ibu perlu lupakan seketika. Semuanya demi memastikan janin yang dikandung membesar sihat dan sempurna dalam rahim ibu. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di elakkan oleh bakal-bakal ibu, sebenarnya untuk peringatan diri sendiri jugak..huhu..

  • Lipstik - Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin.

  • Krim pemutih - Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

  • Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau, ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi nanti.

  • Pewarna rambut – Anda gemar bertukar warna rambut? Oh, seeloknya berhenti melakukannya sebaik hamil, terutama pada trimester pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
  • Kasut bertumit – Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

Selain daripada perkara-perkara di atas bakal ibu juga perlu memilih makanan yang sesuai dan berkhasiat untuk kandungan dan perlu mengelak daripada memakan yang tersenarai di bawah nie..
  • Makanan yang berbisa antaranya ikan sembilang, ikan pari, nenas dan tapai.

  • Selain itu. Organ dalaman: Ibu hamil tidak digalakkan memakan makanan organ dalaman seperti hati, perut, jantung dan limpa. 

  • Makanan Sisa Haiwan: Makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga perlu dielakkan oleh wanita hamil.

  • Minuman Bergas: Ia memberi kesan kepada bayi dalam kandungan dan membuatkan otak bayi tidak cergas.
  • Kepala Ikan, Insang: Makanan ini memiliki kandungan asid yang tinggi dan boleh menyebabkan bayi anda menjadi seorang yang pelupa.
  • Makanan Hampir Basi: Jangan sesekali dimakan oleh ibu hamil.
  • Makanan Berunsur Subahat Dan Haram: Makanan bersubahat seperti hasil dari mencuri harta orang manakala makanan haram apabila sumber itu didapati dari tempat-tempat yang diharamkan seperti kelab malam atau disko perlu dielakkan. 

sumber: facebook
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine