30 Soalan – Cerita Anak Pertama


Biasanya, benda yang pertama itu susah hendak di lupakan. Lebih-lebih lagi jika tentang kelahiran cahaya mata yang pertama. Jika anda mempunyai masa, sila jawab soalan dibawah dan ’share’ bersama rakan-rakan yang lain.

30 Soalan – Cerita Anak Pertama

1. Adakah anda merancang untuk hamil/mengandung setelah kahwin?

2. Apakah nama pilihan pertama dan kedua untuk anak anda?

3. Apa reaksi anda setelah dapat tahu mengandung?

4. Berapakah umur anda pada masa itu?

5. Bagaimana anda mendapat tahu anda mengandung?

6. Siapa yang anda beritahu dulu tentang berita gembira itu?

7. Adakah anda membuat pemeriksaan jantina anak anda?

8. Bila tarikah kelahiran (due date)?

9. Anda mengalami ‘morning-sickness’?

10. Mengidam apa?

11. Dapat apa yang anda idamkan itu?

12. Apa jantina anak pertama?

13. Anda mahukan jantina anak yang lain selain dari anak yang pertama?

14. Berapa kilogram (kg) berat badan naik masa mengandung?

15. Ada niat nak buat kenduri dan majlis potong jambul?

16. Kenduri nak buat di rumah siapa?

17. Ada mengalami komplikasi semasa mengandung?

18. Di mana anda bersalin? (Nama Hospital/Klink/Rumah bersalin)

19. Berapa jam dalam bilik bersalin (labour room)?

20. Siapa yang bawa anda ke hospital?

21. Siapa yang melihat dan temankan anda semasa bersalin dalam ‘labour room’?

22. Bersalin normal atau Caesaran?

23. Ada ambil apa-apa ubat (contoh: epidural) untuk kurangkan sakit?

24. Berapa berat bayi anda?

25. Bila anak anda dilahirkan? (Hari/Tarikah/Masa)

26. Siapa nama anak pertama anda?

27. Nama yang diberikan, idea siapa?

28. Berapa umur anak pertama anda sekarang?

29. Nak anak lagi?

30. Apa nasihat kepada bakal-bakal ibu yang lain?

Nota: Anda bebas dan di alu-alukan untuk ‘tag’ kawan-kawan anda di Facebook dan blog.

Read more »

Bagaimana Untuk Hamil - How To Get Pregnant?


Bagaimana Untuk Hamil - How To Get Pregnant? | Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil. Anda ingin hamil? Berikut ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.

Sebenarnya, saya menerima begitu banyak sekali pertanyaan dari rakan rakan ibu di Mengandung.com yang berbunyi; “Bagaimana saya boleh mengandung? Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengandung?

Dan ada juga yang bertanyakan dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks (waktu subur wanita), berapa kali perlu dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme – klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.

Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.

Read more »

Panduan Nama Anak/Bayi Dalam Islam - Abu Umair


Panduan Nama Anak/Bayi Dalam Islam - Abu Umair | Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;

- Abdullah dan Abdul Rahman

- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.

- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.

- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:

- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.

- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.

- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.

- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).

- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:

- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).

- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).

- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).

- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.

- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).

- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.

- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Kredit: Abu Umair
Read more »

Petua Ibu Mengandung / Hamil


Petua Ibu Mengandung / Hamil | Semoga tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung sekelian. Sekiranya anda ada petua-petua yang lain, sila kongsikan dengan yang lain.
  • Jangan cepat merajuk

  • Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi, Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,

  • Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan

  • Jangan suka mengata atau mengumpat

  • Banyakkan berzikir tak kira masa,
    • Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).
Petua Lain :
  • Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.

  • Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.

  • Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.

  • Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

  • Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.

  • Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.

  • Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.

Kredit: tokeikedai
Read more »

Pengalaman Pertama Beli Barang Si Comel =)


Pengalaman Pertama Beli Barang Si Comel =)

Macam macam pengalaman yang CikMa dapat sepanjang tempoh kehamilan ne dari mula disahkan mengandung sampai usia kandungan 7bulan sekarang..Alhamdulilah...Pengalaman pertama membeli belah barangan baby memang terlalu teruja sampai rambang mata nak memilih apabila melihat kecomelan barangan baby kat situ rasa macam nak bawak balik je semua barang yang ada..huhuhu..Nasib baikla dengan bantuan ibu tersayang segala masalah dapat diatasi sekaligus pembaziran juga dapat dielakkan.. =) Kat bawah ne CikMa ada kongsikan sedikit tips untuk bakal umi,mama,ibu,mummy,abah,ayah,daddy membeli barangan untuk si comel ne =)

Tips pertama - Checklist.

Checklist ne memang penting untuk panduan kita untuk membeli barangan si comel bagi mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak sepatutnya dan mengelakkan dari membeli barang yang sama je dalam satu masa..untuk yang tiada pengalaman beli barangan baby macam CikMa ne terpaksa la google dulu barangan apa yang berkualiti dan barangan apa yang patut dan tidak patut dibeli..

Tips Kedua- Bajet. 

Bercerita pasal bajet ne bergantung kepada kemampuan individu tersebut..pandai2 la bakal ibubapa mengatur bajet mereka..Ada yang tak kisah berapa bajet untuk bakal anak tambah lagi yang sulung dan ada yang perlu beringat-ingat supaya tak melebihi perancangan dan perbelanjaan bulanan. 

Tips Ketiga- Tempat shopping. 


Sama pentingnya dengan tips diatas, tempat shopping nak diterjah, kalau nak jimat dan senang sebab dekat atau cawangan kedai yang banyak pergi jelah Jusco, Manjaku Baby dan tempat shopping lain yang memudahkan korang. Jusco dan Manjaku baby memang tempat best nak shopping barang baby secara pukal sebabnya murah sikit berbanding tempat lain seperti butik-butik barang baby. 


Tips Ke-empat- Masa Shopping. 


Yang nie, kena bijaklah pilih masa, kalau yang berduit lebih, tak kisah bila-bila je boleh pergi shopping. So, memandangkan ne tips jimat, maka masa yang paling sesuai tentulah masa SALE! Walaupun ada sesetengah yang mengaut keuntungan ketika SALE! kita sebagai pengguna pun kena pandai memilih supaya tidak tertipu jugak masa SALE!  Atau cuba sebanyak mungkin mencari maklumat tentang clearance sale/warehouse sale yang bakal berlangsung. Sedikit sebanyak dah boleh jimat kat situ.


Tips kelima (terakhir)- Branding Product. 


Ne salah satu jugak termasuk dalam tips nak berjimat. Cari brand barang-barang baby dalam kategory sederhana seperti Fiffy, Tolljoy kalau nak dibandingkan dengan brand anakku, pureen, disney dan sebagainya. Memang berbeza sikitlah dari segi harga dan kualiti. Tapi jika kena pada waktunya, yang branding pun boleh jadi murah dan yang penting jangan cari sehelai-sehelai terutamanya baju baby, cari yang jenis sepasang macam tu. Boleh jimat. Barang-barang lain, cuba cari offer twin packs dan sebagainya. 



Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine