Amalan Ibu Mengandung | Oleh Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Menurut Al-Quran, Sunnah & Pengalaman.
Read more »
Showing posts with label Amalan Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Amalan Ibu Mengandung. Show all posts
Petua Ibu Mengandung / Hamil
- Posted by Kaki Tulis
- 3:25:00 pm
- 2 comments
- Labels: Amalan Ibu Mengandung

Petua Ibu Mengandung / Hamil | Semoga
tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung
sekelian. Sekiranya anda ada petua-petua yang lain, sila kongsikan
dengan yang lain.
- Jangan cepat merajuk
- Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi, Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,
- Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan
- Jangan suka mengata atau mengumpat
- Banyakkan berzikir tak kira masa,
- Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).
Petua Lain :
- Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
- Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.
- Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
- Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
- Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
- Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
- Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.
Kredit: tokeikedai
[MESTI BACA] Keputihan Atau Air Ketuban
- Posted by Kaki Tulis
- 1:00:00 pm
- 1 comments
- Labels: Air Ketuban, Amalan Ibu Mengandung, Info, Keputihan, Pantang
.jpg)
[MESTI BACA] Keputihan Atau Air Ketuban
Keputihan atau lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan, iaitu pengeluaran lelehan pekat, berwarna putih seperti krim, terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda, merasa sakit apabila bersama suami dan rasa sakit apabila membuang air kecil, simptom sebegini adalah disebabkan jangkitan.
Lelehan yang keluar dari faraj mungkin disebabkan lendir atau keputihan dan juga air ketuban yang pecah.
PUNCA
Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada di dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita atau secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.
Namun, ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro organisma lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. Seseorang wanita juga mudah mengalami masalah ini jika anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
BERJUMPA DOKTOR
Jika anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenal pasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti sama ada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.
Doktor anda mungkin akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu memberikan apa-apa ubat pada ketika itu.
Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu sama ada ia selamat diambil ketika hamil.
KESAN KE ATAS BAYI
Bayi anda selamat dan terlindung di dalam rahim dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. Jika bayi yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payu dara anda juga.
Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak selesa, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat.
[PETUA] Rawat Pecah Kulit Di Perut
- Posted by Kaki Tulis
- 9:00:00 pm
- 1 comments
- Labels: Amalan Ibu Mengandung, Info, Petua Melayu Lama, Rawat Pecah Kulit Pada Perut, Tips

[PETUA] Rawat Pecah Kulit Di Perut
Selepas bersalin, perut ibu akan berubah dan jadi pecah-pecah kulit. Jadi anda boleh mengamalkan beberapa petua yang mampu kembalikan perut anda seperti asal.
Salah satu cara ialah amalkan menyapu minyak zaitun di perut tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.
Anda juga boleh guna cara dengan perahkan air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh sehingga sebati lalu disapu ke perut. Kemudian balut dengan barut. Lakukan setiap kali selepas mandi.
Petua lain, anda boleh ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.
Selain itu ibu-ibu boleh juga rebus secupak asam gelugur bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugur hancur tadi, pupukan ke perut kemudian barut. Amalkan selama 44 hari.
sumber; facebook
Kesan Air Ketuban Banyak Semasa Mengandung
- Posted by Kaki Tulis
- 11:00:00 am
- 0 comments
- Labels: Amalan Ibu Mengandung, Info, Kesan Air Ketuban Banyak
Kesan Air Ketuban Banyak Semasa Mengandung
1. Berat berlebihan semasa mengandung.
2. Perut menegang dan nampak kesan regangan pada perut.
3. Perut kelihatan besar.
4. Perut selalu mengeras.
5. Kedudukan bayi tidak stabil. Kedudukan bayi songsang.
6. Bayi aktif kerana mempunyai ruang yang besar untuk bergerak.
7. Risiko pembedahan cesarean. menjalani cesarean untuk kandungan kali ini disebabkan bayi songsang.
8. Risiko kelahiran sebelum tarikh kelahiran sebenar. lahirkan bayi secara cesarean terancang semasa
kandungan berusia 38 minggu 6 hari.
sumber: facebook
Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan
- Posted by Kaki Tulis
- 7:00:00 pm
- 0 comments
- Labels: Amalan Ibu Mengandung, Doa, Info

Doa Ketika Bayi Dalam
Kandungan
-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ
الرَّحِيمِ
"Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,
Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan
rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada
rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan
mudahdan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan
berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah
badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya
untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala
puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
sumber: facebook
Perut Mengeras Semasa Hamil
- Posted by Kaki Tulis
- 9:15:00 pm
- 0 comments
- Labels: Amalan Ibu Mengandung, Kehamilan, Mengandung, Perut, Petua, Semasa Hamil, Tips
Perut Mengeras Semasa Hamil
Kenapa ye perut mengeras? Mungkin baby sedang meregangkan badan dalam perut , buat senaman.
Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung:
1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi
Cara menangani perut mengeras semasa hamil
1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan
sumber: Facebook
Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini
-
Peranakan Jatuh? Apa Kesannya? Peranakan jatuh yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh berlaku jika terda...
-
Petua Untuk Bakal Bapa Sebaik ada anak, tugas automatik yang wajib diketahui oleh bakal bapa adalah menukar lampin. Pertama ka...
-
Penjagaan Penting Tali Pusat Bayi !! Bahagian paling sensitif di kalangan bayi baru lahir adalah pusatnya. Selama sembila...
-
10 TIPS Untuk Didik Anak Menjadi SOLEH Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaima...
-
PETUA KURANGKAN BAYI DEMAM KUNING @ JAUNDICE Antara petua-petua yang boleh di cuba 1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur...
-
Perkahwinan Menurut Islam Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah I...
-
Vericose Veins ( Urat Timbul) Perlu Di Elakkan Ibu Mengandung Ibu yang memakan terlalu banyak makanan atau minuman yang bers...
-
10 TIPS Hiasan Dalaman Rumah Yang EKSKLUSIF [15 Gambar] CikMa nak kongsi gambar dan tips rekaan dalaman rumah yang eksklusif. Ada pe...
-
Siapa Kata TOILET Tak Boleh Di MAKEOVER Salam. Siapa kata Bilik Air tak boleh kita nak buat 'MakeOver'? Pada CikMa, b...
-
Faktor Tarikan Pelancongan Di Malaysia Malaysia menjadi pilihan pelancong dari luar Negara untuk datang ke tanah air dan melihat...