Bagaimana Untuk Hamil - How To Get Pregnant? | Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil. Anda ingin hamil? Berikut ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.
Sebenarnya,
saya menerima begitu banyak sekali pertanyaan dari rakan rakan ibu di
Mengandung.com yang berbunyi; “Bagaimana saya boleh mengandung? Apakah
yang perlu saya lakukan untuk mengandung?
Dan ada juga yang
bertanyakan dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bilakah saat terbaik
untuk melakukan hubungan seks (waktu subur wanita), berapa kali perlu
dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa hubungan seks
untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.
1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-
Adalah
penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang
sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur
(masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui
waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi.
Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur
anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam
sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh
itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih
baik berbanding selepas ovulasi.
2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-
Ini
adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @
fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus
melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu
kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.
Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan
hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak
kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk
mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada
penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai
orgasme – klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana
alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding
keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang
bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan
sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.
4. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi
seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan
kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang
terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian
pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung
sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai
klimaks bersama sama.
Keadaan ini akan memudahkan sperma
berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan
terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang
rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung
degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
Manakala
posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi
wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian
dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba
berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.
5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak
ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas
hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya
sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi.
Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke
servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar
tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah
melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah
bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para Suami:-
Para
suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat
atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan
kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk
sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks:-
Setiap
pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi
apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap
sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga
kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup
nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah
hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips
di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan
untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang
bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan
kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya
dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya
anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka
adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk
dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh,
rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda
harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding
terbaik untuk membantu anda mendapat anak.
Yang paling
penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama
berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang
hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut
pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.
1 comments:
informasi yg menarik . saya beri link pd kwn blogger yg nak sgt dpt anak ...
Post a Comment