Showing posts with label Simptom. Show all posts
Showing posts with label Simptom. Show all posts

Bahaya ‘slipped disc’

Bahaya ‘slipped disc’

Sakit belakang badan, terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Namun, ada juga sakit disebabkan masalah serius dan memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.
Tulang belakang manusia bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tetapi membabitkan tulang berbentuk kiub. Tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya. Di bahagian belakang tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia. Cakera ini melekat kuat pada tulang belakang. Ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.
Namun, ia boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini.
Keadaan ini biasanya dipanggil ‘slipped disc’.Keadaan slipped disc biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutama membabitkan golongan lelaki. Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya pada bahagian tengkuk.

Individu yang berisiko ialah mereka yang bekerja mengangkat benda berat, perlu duduk untuk jangka masa panjang, terlalu aktif pada usia muda atau yang pernah mengalami kecederaan atau kemalangan membabitkan tulang belakang.
Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat. Namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil. Jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh ke belakang, ia akan menyebabkan saraf tunjang terganggu. Simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku.

Cetusan rasa seperti renjatan elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis. Lebih teruk, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan menyebabkan komplikasi kekal seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing, gagal mengawal saluran dubur serta boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.

Ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini kerana x-ray hanya dapat melihat tulang, bukan cakera itu. Oleh itu, ujian terbaik ialah melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian tertentu tulang belakang. Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenal pasti sejauh mana saraf pesakit terhimpit oleh cakera itu.

Rawatan bagi pesakit yang mengalami slipped disc bergantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit. Hampir 80 peratus pesakit tidak perlukan pembedahan. Ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan fisioterapi adalah rawatan awal.Suntikan turut diberi jika sakit tidak terkawal.

Jika komplikasi pada saraf berlaku, pembedahan tidak dapat dielakkan. Selain rawatan, penjagaan mekanik badan sangat penting. Ini untuk mengelak cakera berkenaan terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku. Pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan tidak mengangkat benda berat selain mengurangkan aktiviti lasak.

Senaman khas boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.

sumber: myMetro (sihat)
Read more »

Kehamilan Anggur? Apakah Sebenarnya?


Kehamilan Anggur? Apakah Sebenarnya?


Haaa..hari nie nak kongsikan sikit info tentang kehamilan anggur??ermmm apakah kehamilan anggur???joomm kita baca info tentang kehamilan anggur nie..

Kehamilan anggur biasanya terjadi hasil daripada persenyawaan antara sperma dengan ovum yang akan membentuk ketulan baru yang dipanggil blastosis dan seterusnya menjadi embrio.

Tetapi hal ini tidak terjadi pada kehamilan anggur. Kehamilan anggur atau mola hidatidosa merupakan keadaan rahim tidak berisi janin. Sebaliknya hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur.

Sel telur (sel dalam) terhenti perkembangannya pada minggu ke-3 atau ke-4. Sel luar (trofoblas) sahaja yang berkembang dan membentuk plasenta. Masalah ini mungkin dapat dikesan seawal minggu ke-6 kehamilan.

Sel trofoblas yang kosong ini kemudiannya membengkak, membentuk gelembung-gelembung berisi cairan, mirip buah anggur. Ukurannya ada pelbagai saiz. Ada yang antara 1 mm hingga 2 sm.

Jika dilihat melalui mikroskop, tidak ada pembuluh darah di dalamnya. Bagaimanapun jumlah selnya tetap terus bertambah.

Berikut adalah simptom-simptom yang di kesan

** Kadar HormonChorionic Ginadothropin (HGC) tinggi.

** Kandungan kelihatan lebih besar, hamil tiga bulan seperti enam bulan.

** Mual dan muntah yang luar biasa pada trimester pertama.

** Berlaku pendarahan yang berulang.

Rawatan

** Sel-sel trofoblas perlu dikeluarkan mengikut prosedur tertentu.

** Hamil anggur yang tidak dirawat boleh mengakibatkan masalah lain termasuk kematian.

sumber: facebook
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine