Kesan Air Ketuban Banyak Semasa Mengandung





Kesan Air Ketuban Banyak Semasa Mengandung


1. Berat berlebihan semasa mengandung. 

2. Perut menegang dan nampak kesan regangan pada perut. 

3. Perut kelihatan besar. 

4. Perut selalu mengeras. 

5. Kedudukan bayi tidak stabil. Kedudukan bayi songsang. 

6. Bayi aktif kerana mempunyai ruang yang besar untuk bergerak.

7. Risiko pembedahan cesarean. menjalani cesarean untuk kandungan kali ini disebabkan bayi songsang. 

8. Risiko kelahiran sebelum tarikh kelahiran sebenar. lahirkan bayi secara cesarean terancang semasa 

    kandungan berusia 38 minggu 6 hari.


sumber: facebook

Read more »

20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak




20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak



1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar

2- Kaum wanita akan merindui saat 9 bulan kehamilan walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat..
.
(hehe)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! 


sumber: facebook
Read more »

Perkahwinan Menurut Islam



Perkahwinan Menurut Islam

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah,menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Sejarah Perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian lama dan Perjanjian baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..

Jenis-jenis Perkahwinan
  • Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam,poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
  • Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. 
  • Monogami  merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).


Hukum-hukum Perkahwinan Dalam Islam

  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah Perkahwinan
  • Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
  • Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
  • Memelihara kesucian diri
  • Melaksanakan tuntutan syariat
  • Menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat mengeratkan silaturahim

sumber: wikipedia ensiklopedia bebas
Read more »

Bahaya ‘slipped disc’

Bahaya ‘slipped disc’

Sakit belakang badan, terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Namun, ada juga sakit disebabkan masalah serius dan memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.
Tulang belakang manusia bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tetapi membabitkan tulang berbentuk kiub. Tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya. Di bahagian belakang tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia. Cakera ini melekat kuat pada tulang belakang. Ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.
Namun, ia boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini.
Keadaan ini biasanya dipanggil ‘slipped disc’.Keadaan slipped disc biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutama membabitkan golongan lelaki. Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya pada bahagian tengkuk.

Individu yang berisiko ialah mereka yang bekerja mengangkat benda berat, perlu duduk untuk jangka masa panjang, terlalu aktif pada usia muda atau yang pernah mengalami kecederaan atau kemalangan membabitkan tulang belakang.
Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat. Namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil. Jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh ke belakang, ia akan menyebabkan saraf tunjang terganggu. Simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku.

Cetusan rasa seperti renjatan elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis. Lebih teruk, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan menyebabkan komplikasi kekal seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing, gagal mengawal saluran dubur serta boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.

Ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini kerana x-ray hanya dapat melihat tulang, bukan cakera itu. Oleh itu, ujian terbaik ialah melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian tertentu tulang belakang. Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenal pasti sejauh mana saraf pesakit terhimpit oleh cakera itu.

Rawatan bagi pesakit yang mengalami slipped disc bergantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit. Hampir 80 peratus pesakit tidak perlukan pembedahan. Ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan fisioterapi adalah rawatan awal.Suntikan turut diberi jika sakit tidak terkawal.

Jika komplikasi pada saraf berlaku, pembedahan tidak dapat dielakkan. Selain rawatan, penjagaan mekanik badan sangat penting. Ini untuk mengelak cakera berkenaan terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku. Pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan tidak mengangkat benda berat selain mengurangkan aktiviti lasak.

Senaman khas boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.

sumber: myMetro (sihat)
Read more »

Melancong ketika hamil

Melancong ketika hamil
Selain meraikan kegembiraan bakal menimang cahaya mata, bercuti ketika hamil sering dikatakan peluang terakhir untuk anda dan pasangan berdua-duaan sebelum memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. 
Melancong ketika hamil memberi ketenangan kepada si ibu, sekali gus memberi pengaruh baik kepada bayi dalam kandungan. 


Namun, bagi ibu mengandung yang ingin bercuti, perancangan percutian yang lebih fleksibel amat dituntut.Bercuti di dalam atau luar negara tetap memerlukan ketelitian dalam perancangan dan punya banyak perkara yang perlu dititikberatkan.

Tip melancong yang di kongsi pada hari ini mungkin dapat membantu anda bakal ibu yang ingin bercuti sambil merehatkan diri di destinasi idaman.
  1. Berjumpa doktor anda 

  • Lakukan pemeriksaan dan tanyalah doktor sama ada keadaan kehamilan memungkinkan anda bercuti. Bagi tahu doktor mengenai perjalanan yang dirancang dan minta dia membuat surat rujukan mengenai keadaan kandungan anda. 
  • Kehamilan bukanlah penghalang untuk anda menaiki kapal terbang, namun ramai yang risau. Justeru, tanya juga keadaan kandungan anda berkaitan dengan tekanan udara rendah atau tinggi saat menaiki kapal terbang. 
  • Jangan lupa bawa buku kehamilan anda. Selain laporan doktor, buku itu sangat berguna jika anda mengalami sebarang masalah dan perlu pemeriksaan doktor. 
  • Periksa penerbangan anda kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan syarat-syarat penerbangan buat wanita hamil. Justeru, periksa kembali syarikat penerbangan anda untuk memastikan anda boleh mengikuti penerbangan itu. Namun, kebanyakannya tidak membenarkan wanita hamil mengikuti penerbangan jika kandungan mencecah 35 minggu. Bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, anda memerlukan surat pengesahan daripada doktor selain mengisi satu surat akuan. Apa yang pasti, semua syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita hamil pada bulan terakhir menaiki pesawat. 
    2. Perjalanan menggunakan kereta 

  • Jika anda menaiki kereta saat bercuti, rancang perjalanan yang dekat dan singkat. Pastikan anda berhenti untuk mendapatkan rehat yang banyak dan melunjur kaki ketika berehat.
  • Jika perjalanan anda mengambil masa lebih empat jam, banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan tidak baik untuk kesihatan. 
  • Anda juga mungkin boleh mengalami kekejangan dan risiko lainnya. Justeru, pastikan anda berhenti berehat di sepanjang perjalanan. 
    3. Pengambilan vaksinasi perjalanan 
  • Saat bercuti di luar negara, ramai yang tertanya-tanya adakah ketika hamil boleh mengambil vaksin perjalanan? Doktor pasti tahu vaksin apa yang anda perlukan di negara yang dituju dan selamat diambil semasa hamil. 
  • Namun, cara terbaik ialah jangan kunjungi negara di mana vaksinasi diperlukan semasa anda hamil.
Walaupun anda sedang bercuti, anda masih lagi boleh makan dengan baik dengan memperhatikan setiap zat makanan yang dimakan sepanjang bercuti. 

Bawa banyak snek seperti buah-buahan kering dan kepingan bijirin dalam beg galas anda supaya anda tidak akan merasa loya atau hendak pitam jika lambat makan. 

Hindari minuman berkarbonat dan makan makanan yang boleh membuang angin supaya anda akan sentiasa selesa sepanjang perjalanan. 

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan sembelit serta meneruskan pengambilan makanan yang baik untuk anda dan juga bayi dalam kandungan. 
Banyak minum air kosong 
Adalah penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat ketika hamil. Oleh itu, mengambil air kosong atau mineral sepanjang bercuti adalah sangat digalakkan. 

Ini kerana, pengambilan air yang banyak dapat mengelakkan kekurangan badan dalam air terutama terlalu lama terkena penghawa dingin. 

Selain itu, dengan meminum air kosong atau mineral yang banyak juga dapat membantu anda untuk lebih sihat dan ceria sepanjang percutian. 
Pakaian yang sesuai 
Memakai pakaian yang bersesuaian dengan destinasi yang dituju adalah perkara utama yang dititikberatkan semasa melancong. 

Dengan itu, pakailah pakaian yang longgar, selesa dan dapat menyerap peluh dengan baik kerana anda akan lebih ceria serta selesa berkunjung ke mana-mana dengan pakaiana yang bersesuaian. 

Kasut atau sandal yang digunakan juga perlu bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil dan elakkan menggunakan kasut tumit tinggi. 

Kasut rata dengan sokongan untuk tulang belakang adalah pilihan kasut yang sangat tepat. Dengan kasut yang sesuai, anda boleh menikmati keindahan tempat yang dilawati dan sudah pasti kaki anda tidak kebas atau sakit. 

Penggunaan sarung kaki khas yang dapat membantu pengaliran darah dari pergelangan kaki ke jantung dan paru-paru juga pasti menambahkan keselesaan anda sepanjang bercuti. 
Aktiviti yang perlu dielakkan 
Ketika hamil, banyak aktiviti menyeronokkan yang tidak sesuai dengan keadaan diri dan perlu dielak saat melancong. 

Aktiviti yang boleh menyebabkan anda terjatuh seperti meluncur salji, menunggang kuda, luncur air, luncur angin dan mendaki perlu dielakkan. 

Selam skuba dan sukan bertekanan perlu dielakkan kerana buih udara boleh terbentuk dalam salur darah anda dan disalurkan kepada bayi. 

Selain itu, elakkan juga permainan “roller coaster” dan gelungsur air di taman tema. Pendaratan kuat dan kecepatan atau kelambatan secara tiba-tiba tidak baik untuk anda. 

Baik juga anda lupakan sementara kolam air panas dan sauna kerana kepanasan yang keterlaluan tidak baik untuk bayi. Selamat bercuti!

sumber: myMetro (santai)
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine