[WAJIB BACA] Punca Dan Cara Melegakan Bengkak Susu




[WAJIB BACA] Punca Dan Cara Melegakan Bengkak Susu 


Ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu mesti tahu betapa sakitnya bila kena. Sampai rasa nak demam dan nak menangis. Tapi tak tahu nak buat apa. Pertama sekali kita kena tahu kenapa bengkak susu ni terjadi.

~ Punca Bengkak Susu ~

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. 

Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

1) Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
2) Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
3) Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
4) Jangkitan yis
5) Stress
6) Tak cukup tidur
7) Salah cara lekapan bayi

Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

~ Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat? ~

1) Susukan anak sekerap yang boleh
Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2) Cuba variasikan posisi penyusuan
Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar. Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3) Tuam
Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4) Berehat
Dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5) Susukan anak yang lebih besar
Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6) Amalkan Lecithin dalam diet harian
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

7) Kuatkan imunisasi tubuh
Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

sumber: https://www.facebook.com





Read more »

[EKSKLUSIF] KANAK-KANAK 3 Tahun Hafal Al-Quran

[EKSKLUSIF] KANAK-KANAK 3 Tahun Hafal Al-Quran | Anak kecil dalam video ini mula belajar menghafal Al-Quran sejak umur 3 tahun. Dalam masa 2 tahun setengah, tahun dia dapat menghafal Al-Qur’an beserta makna dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.


Mudah-mudahan, anak-anak kita boleh menjadi sepertinya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Besar. 

Read more »

30 Soalan – Cerita Anak Pertama


Biasanya, benda yang pertama itu susah hendak di lupakan. Lebih-lebih lagi jika tentang kelahiran cahaya mata yang pertama. Jika anda mempunyai masa, sila jawab soalan dibawah dan ’share’ bersama rakan-rakan yang lain.

30 Soalan – Cerita Anak Pertama

1. Adakah anda merancang untuk hamil/mengandung setelah kahwin?

2. Apakah nama pilihan pertama dan kedua untuk anak anda?

3. Apa reaksi anda setelah dapat tahu mengandung?

4. Berapakah umur anda pada masa itu?

5. Bagaimana anda mendapat tahu anda mengandung?

6. Siapa yang anda beritahu dulu tentang berita gembira itu?

7. Adakah anda membuat pemeriksaan jantina anak anda?

8. Bila tarikah kelahiran (due date)?

9. Anda mengalami ‘morning-sickness’?

10. Mengidam apa?

11. Dapat apa yang anda idamkan itu?

12. Apa jantina anak pertama?

13. Anda mahukan jantina anak yang lain selain dari anak yang pertama?

14. Berapa kilogram (kg) berat badan naik masa mengandung?

15. Ada niat nak buat kenduri dan majlis potong jambul?

16. Kenduri nak buat di rumah siapa?

17. Ada mengalami komplikasi semasa mengandung?

18. Di mana anda bersalin? (Nama Hospital/Klink/Rumah bersalin)

19. Berapa jam dalam bilik bersalin (labour room)?

20. Siapa yang bawa anda ke hospital?

21. Siapa yang melihat dan temankan anda semasa bersalin dalam ‘labour room’?

22. Bersalin normal atau Caesaran?

23. Ada ambil apa-apa ubat (contoh: epidural) untuk kurangkan sakit?

24. Berapa berat bayi anda?

25. Bila anak anda dilahirkan? (Hari/Tarikah/Masa)

26. Siapa nama anak pertama anda?

27. Nama yang diberikan, idea siapa?

28. Berapa umur anak pertama anda sekarang?

29. Nak anak lagi?

30. Apa nasihat kepada bakal-bakal ibu yang lain?

Nota: Anda bebas dan di alu-alukan untuk ‘tag’ kawan-kawan anda di Facebook dan blog.

Read more »

Bagaimana Untuk Hamil - How To Get Pregnant?


Bagaimana Untuk Hamil - How To Get Pregnant? | Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil. Anda ingin hamil? Berikut ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.

Sebenarnya, saya menerima begitu banyak sekali pertanyaan dari rakan rakan ibu di Mengandung.com yang berbunyi; “Bagaimana saya boleh mengandung? Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengandung?

Dan ada juga yang bertanyakan dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks (waktu subur wanita), berapa kali perlu dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme – klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.

Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.

Read more »

Panduan Nama Anak/Bayi Dalam Islam - Abu Umair


Panduan Nama Anak/Bayi Dalam Islam - Abu Umair | Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;

- Abdullah dan Abdul Rahman

- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.

- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.

- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:

- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.

- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.

- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.

- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).

- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:

- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).

- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).

- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).

- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.

- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).

- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.

- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Kredit: Abu Umair
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine