Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

CikMa kembali lagiiiiiiiii =)



CikMa kembali lagiiiiiiiii =)


Assalamualaikum...CikMa kembali lagi setelah sekian lama menghilangkan diri..huhuhu..alhamdulilah CikMa kembali dengan semangat yang baru dengan kehadiran orang baru disisi..Alhamdulilah tanggal 28 April 2014 jam 3.25 petang CikMa selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal dengan berat 3.4kg..bersyukur tidak terkira dengan ditemani suami tercinta ketika berada dalam kesakitan yang tidak boleh di ungkapkan dengan kata-kata hanya insan yang bergelar ibu saja boleh memahaminya..Alhamdulilah..Syukur pada ALLAH S.W.T kerana di beri peluang dan nikmat sedemikian..
   Sepanjang tempoh berpantang CikMa di jaga oleh keluarga tersayang dan suami tercinta..huhuhu..rasa macam permaisuri pulak bila nak makan sampai ke katil bila nak minum orang tolong buatkan..huhuhu..rasa dihargai sangat-sangat..masa dalam pantang kena jaga betul-betul pantang dengar nasihat orang tua jangan memandai je..ada satu hari CikMa kebosanan dan tengok rumah bersepah apa lagi kemas la siap menyapu lagi..sebelum tu mama dah ada pesan jangan menyapu bisa katanya..ermmm malam tu sakit urat dan badan ketar-ketar kesokkannya demam fuhhhh menyesal tak dengar kata..huhuhu..orang kata macam tu 'bentan' ek??? 
  Sekarang anak teruna CikMa Tengku Ean Rifqee dah masuk 3bulan 25hari da..Alhamdulilah membesar dengan jayanya..Syukur di beri kesempatan melihat Ean Rifqee membesar dengan hasil jagaan sendiri,kalau sebelum ne CikMa sesorang je kat rumah tapi sekarang tidak lagi di temani oleh budak tecik ne..huhuhu..Alhamdulilah Ean Rifqee pun tak banyak ragam sangat..memudahkan umminya buat kerja rumah yang lain..perlahan-lahan CikMa biasakan diri kalau dulu sepenuhnya dengan bantuan mama dan suami sekarang semuanya sendiri mau buat la..
    Moga-moga diberi rezeki dan kesempatan untuk merasai lagi nikmat mengandung dan melahirkan pada suatu hari nanti..In Shaa ALLAH =) 



                                                 
Read more »

[WAJIB BACA] Punca Dan Cara Melegakan Bengkak Susu




[WAJIB BACA] Punca Dan Cara Melegakan Bengkak Susu 


Ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu mesti tahu betapa sakitnya bila kena. Sampai rasa nak demam dan nak menangis. Tapi tak tahu nak buat apa. Pertama sekali kita kena tahu kenapa bengkak susu ni terjadi.

~ Punca Bengkak Susu ~

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. 

Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

1) Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
2) Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
3) Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
4) Jangkitan yis
5) Stress
6) Tak cukup tidur
7) Salah cara lekapan bayi

Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

~ Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat? ~

1) Susukan anak sekerap yang boleh
Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2) Cuba variasikan posisi penyusuan
Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar. Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3) Tuam
Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4) Berehat
Dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5) Susukan anak yang lebih besar
Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6) Amalkan Lecithin dalam diet harian
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

7) Kuatkan imunisasi tubuh
Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

sumber: https://www.facebook.com





Read more »

Herba vs Jamu





Herba vs Jamu

Herba terdiri dari bahan-bahan dalam masakan berpantang itu sendiri seperti jintan hitam, halba, kulit kayu manis, cengkih, halia, kunyit, jintan putih dan sebagainya.

Manakala ramuan jamu terdiri dari akar kayu dan bahan-bahan yang sukar diperolehi dan bukan sebahagian bahan makanan seperti tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek, manjakani, akar teja lawang, setunjang bumi dan sebagainya.

Perbezaan herba dan jamu untuk rawatan herba berpantang

Herba bersifat neutral membantu melawaskan pembuangan air besar. Konsep internal cleansing atau pembersih dalaman lebih dititikberatkan. Ini kerana rawatan dari herba menumpukan pada kandungan perut yang menjadi punca segala keracunan atau toksik badan.

Jamu adalah panas. Konsep panas ini bagi membantu menghangatkan tubuh ibu yang senang terkena angin sejuk. Dan konsep panas itu juga digunakan untuk merawat urat saraf. Oleh kerana ia panas, kadang-kadang ia menyebabkan sembelit.

Herba, Jamu vs Jaundice

Bagi ibu-ibu yang ingin mengamalkan perubatan tradisional, tetapi takut jika anak diserang penyakit kuning, digalakkan ibu-ibu memilih herba yang bersifat lawas berbanding jamu. Ini kerana ibu yang lawas turut membantu kelawasan bayi membuang air besar dan kecil, yang merupakan salah satu cara mengeluarkan kuning badan.

Maka ibu-ibu perlulah bijak. Ibu-ibu perlu memantau keadaan anak yang menyusu badan sama ada herba atau jamu yang anda makan membantu anak membuang air besar atau tidak. Kerana ada sesetengah ubat bersalin yang menggunakan perkataan "jamu" dipasaran turut melawaskan pembuangan air besar.
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine