Showing posts with label Ibu Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Ibu Bersalin. Show all posts

CikMa kembali lagiiiiiiiii =)



CikMa kembali lagiiiiiiiii =)


Assalamualaikum...CikMa kembali lagi setelah sekian lama menghilangkan diri..huhuhu..alhamdulilah CikMa kembali dengan semangat yang baru dengan kehadiran orang baru disisi..Alhamdulilah tanggal 28 April 2014 jam 3.25 petang CikMa selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal dengan berat 3.4kg..bersyukur tidak terkira dengan ditemani suami tercinta ketika berada dalam kesakitan yang tidak boleh di ungkapkan dengan kata-kata hanya insan yang bergelar ibu saja boleh memahaminya..Alhamdulilah..Syukur pada ALLAH S.W.T kerana di beri peluang dan nikmat sedemikian..
   Sepanjang tempoh berpantang CikMa di jaga oleh keluarga tersayang dan suami tercinta..huhuhu..rasa macam permaisuri pulak bila nak makan sampai ke katil bila nak minum orang tolong buatkan..huhuhu..rasa dihargai sangat-sangat..masa dalam pantang kena jaga betul-betul pantang dengar nasihat orang tua jangan memandai je..ada satu hari CikMa kebosanan dan tengok rumah bersepah apa lagi kemas la siap menyapu lagi..sebelum tu mama dah ada pesan jangan menyapu bisa katanya..ermmm malam tu sakit urat dan badan ketar-ketar kesokkannya demam fuhhhh menyesal tak dengar kata..huhuhu..orang kata macam tu 'bentan' ek??? 
  Sekarang anak teruna CikMa Tengku Ean Rifqee dah masuk 3bulan 25hari da..Alhamdulilah membesar dengan jayanya..Syukur di beri kesempatan melihat Ean Rifqee membesar dengan hasil jagaan sendiri,kalau sebelum ne CikMa sesorang je kat rumah tapi sekarang tidak lagi di temani oleh budak tecik ne..huhuhu..Alhamdulilah Ean Rifqee pun tak banyak ragam sangat..memudahkan umminya buat kerja rumah yang lain..perlahan-lahan CikMa biasakan diri kalau dulu sepenuhnya dengan bantuan mama dan suami sekarang semuanya sendiri mau buat la..
    Moga-moga diberi rezeki dan kesempatan untuk merasai lagi nikmat mengandung dan melahirkan pada suatu hari nanti..In Shaa ALLAH =) 



                                                 
Read more »

PANTANG LARANG MELAYU LAMA SEMASA IBU DALAM PANTANG







PANTANG LARANG MELAYU LAMA SEMASA IBU DALAM PANTANG



1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal 
  •  Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

2. Memakai Sarung Kaki (Stokin) 
  • Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

3. Jangan Duduk Mencangkung 
  •  Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

4. Mandi Duduk Di Atas Bangku 
  •  Ketika mandi hendaklah duduk di atas bangku. Ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

5. Rapatkan Kaki Bila Tidur 
  • Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

sumber: facebook
Read more »

5 Makanan Membantu Banyakkan Susu


 

5 Makanan Membantu Banyakkan Susu 

➊ Daun Alfalfa
Kalau di pasaraya ada dijual Alfalfa sprout.Kalau ada jenis tablet tu pun boleh juga.

➋ Halba/fenugreek
Halba biasanya digunakan dalam masakan. 

➌ Kurma
Kurma membekalkan kalori untuk ibu menyusu. Rendam kurma semalaman dalam air susu, dan blend esoknya bersama air susu. Sedap di minum sejuk

➍ Susu
Susu mengandungi kalsium. Kalsium merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. 

➎ Tempe
Tempe mengandungi protein yang tinggi. Protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. 

Walau bagaimanapun, asas penyusuan seperti kerap perah/ pam susu tetap tak boleh ditinggalkan. Kalau asas penyusuan tak di buat, makan lah banyak mana pun supplement, susu tetap tak akan banyak.

sumber: facebook
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine