Showing posts with label Suami Membantu. Show all posts
Showing posts with label Suami Membantu. Show all posts

CikMa kembali lagiiiiiiiii =)



CikMa kembali lagiiiiiiiii =)


Assalamualaikum...CikMa kembali lagi setelah sekian lama menghilangkan diri..huhuhu..alhamdulilah CikMa kembali dengan semangat yang baru dengan kehadiran orang baru disisi..Alhamdulilah tanggal 28 April 2014 jam 3.25 petang CikMa selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal dengan berat 3.4kg..bersyukur tidak terkira dengan ditemani suami tercinta ketika berada dalam kesakitan yang tidak boleh di ungkapkan dengan kata-kata hanya insan yang bergelar ibu saja boleh memahaminya..Alhamdulilah..Syukur pada ALLAH S.W.T kerana di beri peluang dan nikmat sedemikian..
   Sepanjang tempoh berpantang CikMa di jaga oleh keluarga tersayang dan suami tercinta..huhuhu..rasa macam permaisuri pulak bila nak makan sampai ke katil bila nak minum orang tolong buatkan..huhuhu..rasa dihargai sangat-sangat..masa dalam pantang kena jaga betul-betul pantang dengar nasihat orang tua jangan memandai je..ada satu hari CikMa kebosanan dan tengok rumah bersepah apa lagi kemas la siap menyapu lagi..sebelum tu mama dah ada pesan jangan menyapu bisa katanya..ermmm malam tu sakit urat dan badan ketar-ketar kesokkannya demam fuhhhh menyesal tak dengar kata..huhuhu..orang kata macam tu 'bentan' ek??? 
  Sekarang anak teruna CikMa Tengku Ean Rifqee dah masuk 3bulan 25hari da..Alhamdulilah membesar dengan jayanya..Syukur di beri kesempatan melihat Ean Rifqee membesar dengan hasil jagaan sendiri,kalau sebelum ne CikMa sesorang je kat rumah tapi sekarang tidak lagi di temani oleh budak tecik ne..huhuhu..Alhamdulilah Ean Rifqee pun tak banyak ragam sangat..memudahkan umminya buat kerja rumah yang lain..perlahan-lahan CikMa biasakan diri kalau dulu sepenuhnya dengan bantuan mama dan suami sekarang semuanya sendiri mau buat la..
    Moga-moga diberi rezeki dan kesempatan untuk merasai lagi nikmat mengandung dan melahirkan pada suatu hari nanti..In Shaa ALLAH =) 



                                                 
Read more »

En Suami menemani Isteri Ketika Melahirkan..Wajar Atau Tidak???





En Suami menemani Isteri Ketika Melahirkan..Wajar Atau Tidak???

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini? Kalau CikMa la nak sangat En Suami temankan CikMa masa nak bersalin tu, ye la sekurang kurangnya En Suami ne tengok sendiri macam mana Si Isteri ne bertarung nyawa melahirkan zuriat dan keturunan untuk nya. Di bawah nie CikMa ada kongsikan beberapa kebaikan yang di perolehi apabila En Suami menemani Isteri ketika bersalin.

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

  • Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

sumber: facebook
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine