4 TAHAP MENDIDIK ANAK
IKUT SUNNAH RASULULLAH
Pada tengahari ne CikMa ingin berkongsi empat tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah
Rasulullah s.a.w.
PERTAMA
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w
menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang
yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w
menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar
dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah
sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan
solat.
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada
umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan
sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu
seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh
Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan
suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah
MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL.
Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat
dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan
diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini
penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal
dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah
boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat
perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak
tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang
pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai
yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga
umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15
tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu
bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan
Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain
termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja
dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan
cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka
tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak
adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga
anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam
kepada ibu bapa.
sumber: facebook
0 comments:
Post a Comment