Bagaimana Menjadi Orang Yang Disukai?




Bagaimana Menjadi Orang Yang Disukai?

Bagaimanakah ingin menjadi orang yang disukai ramai? Adakah dengan menjadi popular dapat membuatkan orang menyukai kita? Adakah dengan berkata-kata sahaja sudah mampu membuat orang terpesona dengan kita? Ataupun adakah dengan sentiasa menolong orang sehingga membiarkan diri kita ‘dipijak’ mampu memikat hati orang lain? Sebahagian tip-tip untuk dikongsi bersama supaya ianya dapat memberi manfaat kepada semua. 

- Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah.

- Tunjukkan yang kita benar- benar berminat dan mengambil berat terhadap orang lain.

- Ingat nama kerana orang akan berasa berbesar hati jika namanya diingati.

- Apabila bercakap dengan seseorang, cuba cari topik yang digemarinya.

- Jadi pendengar yang baik dengan menggalakkan orang untuk bercakap dengan anda.

- Cuba buat orang lain rasa dirinya penting dan bermakna. Lakukan dengan penuh ikhlas.

- Elakkan daripada bertengkar dan bertekak dengan orang lain.

- Hormati pendapat orang lain dan jangan sekali- kali mengkritik pendapat orang lain dan mengatakannya salah dan tidak boleh diterima akal.

- Jika kita bersalah, mengaku dan minta maaf. Jangan dikuasai ego sendiri.

Cuba sedaya- upaya untuk ‘meletakkan’ diri kita dalam diri orang lain. Percayalah, cara ini akan membolehkan kita akan lebih memahami seseorang. Namun, ia perlu dilakukan dengan penuh kejujuran.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine