Nota Buat Pengantin Baru Dan Lama


 



Nota Buat Pengantin Baru Dan Lama 


Kepada yang baru kahwin, selamat memahami pasangan anda..
Secara normalnya, sebelum dan selepas kahwin pasti tak sama..

Raikan perbezaan, belajar untuk menerima dan carilah titik persamaan..
Titik persamaan tak bermaksud perlu ada minat, hobi, citarasa atau sikap yang sama..
Tetapi ia adalah tolak ansur diantara pasangan serta saling memberi dan menerima..

6 bulan yang pertama adalah zon kritikal

5 tahun yang pertama adalah ujian

10 tahun berikutnya insyaAllah anda akan semakin selesa bersama dengannya..

Namun begitu, untuk mencapai kebahagiaan, lebih banyak anda cuba
memahami, lebih cepat anda akan menyelami jiwa dan sikap pasangan anda..

Cintailah dan sayangilah pasangan kerana Allah SWT. Tetapi ingat! Pastikan cinta kepada Allah dan Rasul melebihi segalanya..

Peringatan bersama,, bergaduh itu normal dan ada kebaikannya. Anda akan lebih memahami
pasangan anda setelah proses bertelingkahan berakhir.

Oleh itu jangan takut untuk bergaduh, tapi rasa takut perlu ada jika bergaduh secara melampau dan mendatangkan kemudaratan. Itu merupakan satu petanda untuk berjaga-jaga. 

Oleh itu, diucapkan selamat menjalani kehidupan berpasangan. Cintailah pasangan anda seikhlas dan seadanya. 


sumber: facebook

1 comments:

{ Mama Naaila } at: 9 January 2014 at 14:18 said...

sangat-sangat berguna! thanx for sharing the tips.

jemput singgah ke blog saya, lavender87.blogspot.com

terima kasih... ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine