RAMBUT SELALU GUGUR SELEPAS BERSALIN..KENAPA???
Pasti ibu-ibu tidak tahu kenapa rambut gugur sering berlaku selepas bersalin. ada mitos mengatakan, kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur.
Adakah benar ataupun tidak, sila baca sini utk tahu lebih lanjut.
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
sumber: facebook
2 comments:
Assalamualaikum awak. hee sebelum mengandung pun rambut gugur. hehehe. dah separuh botak kepala ni. hihi ada apa2 rawatan special yang awak tahu nak kembali rambut lebat?
wslm..sma la pykt kita ne..x mgandung pn rmbt dh mmg sdia ad ggur...huhuhu..rwtn spesial ek..nt sy try cri ek =)
Post a Comment