Tips Berjimat Barangan Keperluan Harian Dengan Watsons Malaysia



Salam semua... CikMa nak tanya korang, biasanya kalau korang nak beli barangan keperluan diri, korang akan berbelanja kat mana yer? Barang keperluan diri ni maksud CikMa macam produk kecantikan gincu, bedak dan produk penjagaan diri mcm losyen atau ubat gigi dan lain-lain.

Macam CikMa sejak melahirkan EanRifqee ni, masa CikMa terhad sangat. Dulu masa bujang senang je, masa terluang banyak. Sebelum ronda-ronda beli barang, dapat dulu ushar kedai mana yang murah dan boleh bagi nilai wang yang baik bila nak berbelanja. Erti kata lain, kedai yang dapat menjimatkan wang CikMa la, hehehhehehe.

Sekarang ni, masa terhad sangat. Kalau nak berbelanja pun, CikMa kena bijak. CikMa kena managekan masa untuk elakkan banyak-banyak ushar barang macam zaman muda-muda dulu, hehehehhe. CikMa kena buat pilihan yang tepat dengan memilih kedai yang tepat, ala-ala ‘one stop centre’ semua ada. Jimat masa & jimat wang bila berbelanja. Kali ni CikMa nak rekemenkan Watsons kat korang semua.

Untuk orang yang bila bergerak anak akan mengekori macam CikMa, Watsons memang menjadi pilihan utama CikMa. Sebab di Watsons, semua keperluan yang CikMa nak cari, ada di sini tau. Keperluan ‘Up To Toe’ semuanya boleh CikMa dapatkan terus kat Watsons ni. Takpayah dah nak kena pergi ke dua tiga kedai masuk sana sini nak cari itu ini. Kat Watsons, semuanya ada...


Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons

Watsons juga memberi peluang kepada semua untuk memenangi peluang eksklusif 'shopping spree' dengan Fasha Sandha. CikMa pun dah daftar sebagai ahli Watsons. Korang pun kena ikut jejak langkah CikMa untuk jadi pengguna dan pembeli bijak macam CikMa.


Caranya mudah je:

Langkah 1 - Ambil gambar anda bersama jenama watsons yang ditukar dari jenama "B"

Langkah 2 - Kongsikan sebab-sebab anda menukar ke jenama watsons

Langkah 3 - Hashtag #myswitchandsave #watsonsmalaysia di instagram dan facebook


Watsons, kedai penjagaan peribadi terkemuka di Asia, kini menawarkan pelbagai produk yang lebih luas di bawah label sendiri, dari barangan penjagaan diri, keperluan kecantikan, dan juga perubatan. Watsons memberikan pembeli pilihan untuk penjimatan sebanyak 80% tanpa menjejaskan kualiti. Itulah apa yang CikMa suka tentang Watsons! Kebetulan pulak sekarang ni Watsons tengah mengadakan kempen ‘Switch & Save’, lagi elok la tu, wwowww!!!

Di sini pelbagai produk-produk dari jenama Watsons sendiri diperkenalkan setanding kualitinya dengan produk-produk lain di pasaran. Dengan kempen ‘Switch & Save’ ni, ibu-bu seperti CikMa dapat berjimat lebih kurang 20% - 80% daripada harga barangan keperluan yang CikMa beli dan kalau korang nak tahu, Watson telah mengeluarkan barangan-barangan atas label dorang sendiri. 20% - 80% penjimatan tu banyak tau!!! Sebagai pembeli praktikal, adalah penting kepada CikMa bahawa bukan sahaja produk yang CikMa beli adalah jauh lebih murah berbanding dengan jenama lain, tetapi ia adalah berkualiti tinggi juga. CikMa juga sudah beralih beberapa produk untuk label Watsons dan sesungguhnya CikMa mendapat lebih nilai dari apa yang CikMa bayar.

Di sini CikMa 'share' salah satu barang keperluan yang CikMa beli semalam tau. CikMa buat perbandingan sikit KHAS untuk nak tunjukkan penjimatan yang CikMa dapat buat untuk nilai wang CikMa. Harap korang akan ‘take note’ dan menjadi pembeli yang bijak macam CikMa jugak lepas ni... CikMa buat perbandingan untuk produk Dental Floss. Produk ni CikMa dan suami sentiasa guna. Pendek kata, memang sentiasa WAJIB ADA sebagai keperluan harian & kegunaan kami sekeluarga. Kebetulan pulak stok kami dah habis, so untuk semata-mata mahu jadikan korang semua pembeli yang bijak macam CikMa, CikMa buat perbandingan untuk produk Dental Floss ni. CikMa beli satu jenama lain & satu lagi jenama Watsons.

Ni hasil tangkapan CikMa kat Alamanda, Putrajaya semalam

Perbandingan: ProDentalB Dental Floss vs Watsons Dental Floss Picks 

Dua produk ni CikMa beli semalam kat Pasaraya Alamanda, Putrajaya. Siap ada resit lagi tau untuk CikMa nak buat perbandingan harga. Jom kita tengok...

ProDental B Dental Floss Stick yang CikMa beli di AEON WELLNESS ALAMANDA dengan harga RM3.90

Ni isi dalam ProDental B Dental Floss Stick. Untuk makluman korang, produk ni yang CikMa gunakan sebelum ni sebelum CikMa 'Switch & Save' ke produk jenama Watsons

Ni pulak produk jenama Watsons Dental Floss. Korang tengok sama je bentuk Dental Floss jenama Watsons ni kalau korang bandingkan dengan ProDental B Dental Floss Stick. Walaupun bentuk sama dan kualiti sama, tapi ada satu kelainan yang ketara BERBEZA... Jeng jeng jeng.... Jom Cikma terangkan...

 
Resit sebelah atas ni ialah resit belian Watsons Dental Floss bernilai RM8.40 manakala resit sebelah bawah pulak ialah belian ProDental B Dental Floss Stick bernilai RM3.90.


Apa yang jimatnya produk Watsons ni?

Meh CikMa jawab soklan kat atas tu.

Watsons Dental Floss
Harga: RM8.40
Bilangan stik: 50 x 3 (box) = 150 stik
JADI: RM8.40 / 150 = RM0.056 per stik

ProDental B Dental Floss Stick
Harga: RM3.90
Bilangan stik: 36 (1 plastik) = 36 stik
JADI: RM3.90 / 36 = RM0.108 per stik 



SO, terang nyata dan jelas yang benda sama kualiti sama bentuk yang sama TAPI harga yang jauh lebih murah... CikMa dapat jimat dalam RM0.05 untuk setiap stik Dental Floss jenama Watsons berbanding dengan Dental Floss jenama satu lagi ni.



CikMa dah berjimat dalam 50% tau... Bijak tak CikMa?

Bonus jugak bagi korang tau. sekarang ni Watsons ada buat kolaborasi dengan LAZADA. Siap bagi promo code 'WATSON15' tau. Korang boleh dapat RM15 OFF jika korang berbelanja di Watsons Store kat LAZADA...
Sekarang Watsons tengah buat promosi tau. Untuk maklumat lanjut boleh layari website Watsons Malaysia di www.watsons.com.my/ atau;

Like Facebook Watsons Malaysia dan follow Instagram Watsons Malaysia




Cuba beralih kepada produk label Watsons dan lihat bagaimana korang boleh menjimatkan wang korang daripada 20% sehingga 80%. Jom ke Watsons terdekat berhampiran korang supaya korang juga boleh ‘Switch & Save’ macam CikMa...
Read more »

[WAJIB BACA] KAFIEN PUNCA SUSU IBU KERING



[WAJIB BACA] KAFIEN PUNCA SUSU IBU KERING

Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil. Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadi. Kebanyakan masalah yang wujud pada awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Masalah ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.
Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, mengehadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak betul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda 'kosong' dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30 hingga 40 minit untuk setiap penyusuan.
Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga dia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.
Beberapa faktor menyebabkan susu tidak mencukupi seperti merokok, mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih daripada lima cawan kopi sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga.
Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap susu ibunya (biasanya ia bersifat sementara).


Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine