Penjagaan Penting Tali
Pusat Bayi !!
Bahagian paling
sensitif di kalangan bayi baru lahir adalah pusatnya. Selama sembilan berada di
dalam perut ibu, tali pusat bayi bersambung dengan uri yang berfungsi
menyampaikan makanan kepada bayi.
Oleh itu penjagaan tali pusat bagi bayi baru lahir adalah
penting. Untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang jangkitan, doktor biasanya
membekalkan cecair pembersih beralkohol untuk membersihkan tali pusat bayi.
Cecair tersebut hendaklah disapukan di bahagian
tali pusat pada setiap kali menukar lampin sehinggalah tali pusat itu gugur
dengan sendiri. Biasanya tali pusat bayi gugur sendiri di antara 10 sehingga 13
hari.
Sepanjang tempoh tersebut, elakkan daripada terkena
air di bahagian tali pusat bayi kerana dibimbangi lambat kering dan gugur.
Sehinggalah tali pusat itu gugur, ia akan berubah warna daripada kuning kepada
coklat atau hitam.
Sekiranya ia berwarna kemerahan atau mengeluarkan
bau yang busuk, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
sumber: facebook
0 comments:
Post a Comment