Petua Untuk Bakal Bapa
Sebaik ada anak, tugas automatik yang wajib diketahui oleh bakal bapa adalah menukar lampin. Pertama kali melakukannya pasti anda akan kelam kabut. Mana hendak pujuk si kecil yang rancak menangis, mana hendak tahan bayi daripada terkencing semula dan mana hendak mengambil keperluannya.
Selain daripada berhadapan dengan masalah kelam kabut ketika menukar lampin bayi, pasti papa dan mama turut tertanya-tanya berapa kerap hendak menukar lampin anak dalam sehari?
Seeloknya, menukar lampin anak secara kerap terutama ketika usia masih bayi. Ini kerana air kencing mereka mengandungi bakteria dan boleh menyebabkan kulit menjadi merah dan seterusnya mengakibatkan ruam lampin.
Pastinya anda sudah memahami rutin bayi membuang najis dan ia memudahkan anda mengagak bilakah waktu paling sesuai untuk menukar lampin bayi. Biasanya sebaik bangun dari tidur, tukarlah lampin si kecil.
Biasanya bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya dan kencing setiap satu hingga tiga jam. Oleh kerana kebanyakan lampin pakai buang sekarang mempunyai serapan kebasahan yang baik, mungkin bayi tidak akan menangis akibat lampin basah. Maka, anda perlu periksa tahap kebasahan lampin bayi dalam masa dua jam sekali untuk mengelakkan kulitnya merah.
Jangan lupa juga menukar lampin bayi sebelum mereka tidur untuk mengelakkan bayi terjaga ketika tidur kerana tidak selesa.
Untuk mengelakkan masalah kelam kabut ketika menukar, pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan berdekatan :
*Ruang yang selamat
*Tisu basah atau air suam
*Lampin bersih
*Krim lampin
*Persalinan pakaian bersih
*Bekas membuang lampin kotor
Untuk mengelakkan bayi bergerak (terutama bayi yang sudah pandai meniarap), alihkan pandangannya dengan memberikan alat permainan supaya dia leka dan mudah untuk anda menyelesaikan tugas menukar lampin.
sumber: facebook
0 comments:
Post a Comment