Peranakan Jatuh? Apa
Kesannya?
Peranakan jatuh
yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh berlaku jika
terdapat kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika
ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.
Antara kesan masalah peranakan jatuh ialah:
1. Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah prolapse akan
berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu
kerap kencing. Paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutama
ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan dalam
perut meningkat seperti ketawa.
2. Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj
terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika
mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan.
3. Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita
itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada
farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh
kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali
urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan
penghidapnya sakit pinggang.
4. Gangguan kesihatan
Jika prolapse yang dialami itu teruk iaitu apabila
keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan tergesel pada seluar
dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang
menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.
1 comments:
peranakan ni memang kena jaga betul.. nak - nak kalau lepas bersalin.. sebab tu kita - kita ni kene pakai bengkung, kene berurut, tak boleh angkat berat - berat..
Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI
Post a Comment