Showing posts with label Kreativiti. Show all posts
Showing posts with label Kreativiti. Show all posts

Keajaiban Pokok Hiasan Dalam Rumah




Keajaiban Pokok Hiasan Dalam Rumah

Pokok bukan sahaja menyerikan rumah anda. Malah, mereka mengindahkan dan memberi warna kepada dekor rumah serta membawa sedikit sentuhan alam semulajadi ke ruang tamu anda. Pokok hiasan di rumah juga boleh membersihkan dan meningkatkan kualiti udara, menjadikan rumah anda tempat yang lebih sihat untuk dihuni. Tiada apa yang lebih menyenangkan dari bau bunga yang harum dan ringan.
Terdapat banyak pokok hiasan dalam rumah yang memerlukan penjagaan yang minima. Ini pilihan yang sempurna untuk anda semua yang tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga pokok hiasan anda, tetapi masih mahu menikmati kehadirannya di dalam rumah anda.
1.     Jade Plant
Jade Plant
Juga dikenali sebagai pokok duit Feng Shui, pokok kecil yang comel ini akan membuat anda tersenyum. dengan daun berbentuk sudunya yang aneh.
2.     Devil’s Ivy (Golden Pothos)
Devil's Ivy
Serikan rumah anda dengan pokok rimbun ini dengan daunnya yang berkilat dan berbentuk hati. Walaupun pokok ini tumbuh dengan perlahan dan memerlukan penjagaan sepanjang tahun, ia boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam rumah, terutamanya di kawasan yang baru divarnis atau di kawasan yang berkarpet.
3.     Chinese Evergreen (Aglaonema)
Chinese Evergreen (Aglaonema)
Perkara yang bagus tentang pokok ini adalah ia tidak memerlukan banyak cahaya dan adalah antara pokok hiasan dalam rumah yang paling senang dijaga. Evergreens dalam rumah ini boleh menyesuaikan diri tidak kira ada cahaya yang banyak ataupun hampir tiada cahaya, membuatkan mereka betul-betul tahan lasak.
4.     Moth Orchids (Phalaenopsis)
Moth Orchids (Phalaenopsis)
Moth orchids memberi sentuhan kecantikan kepada rumah anda dengan bunganya yang dating dalam pelbagai warna seperti merah jambu, kuning, lavender dan putih. Ia bukan sahaja cantik, malah senang untuk dijaga, dan bunga mekarnya boleh bertahan untuk sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan.
5. Dracaena reflexa
     Dracaena reflexa

Pokok dracaena adalah kegemeraan untuk pokok hiasan dalam rumah kerana mereka boleh menahan pengabaian, hidup dalam tempat rendah cahaya, dan mudah dijaga. Terdapat pelbagai jenis pokok dracaena, dari pokok bersaiz kecil dan kompak ke pokok jenis berbuluh yang boleh mencapai ketinggian 10 kaki!
6. Spider Plant
    Spider Plant

Spider plant adalah salah satu daripada pokok yang tergantung atau berjalar yang paling umum dan paling senang dijaga. Spider plant ini juga pilihan yang sangat baik untuk dijadikan pokok hiasan di rumah dan juga pokok permulaan sempurna untuk yang bercita-cita hendak berkebun.
7.     Boston Fern
Boston Fern
Boston Fern boleh mempengaruhi keperibadian dan persona sebuah rumah. Letakkan ia berdekatan tingkap yang menerima banyak cahaya matahari secara tidak langsung. Tingkap yang menghadap timur atau barat adalah lokasi yang ideal.
8.     Succulents
Succulents
Succulents semakin popular sebagai pokok hiasan dalam rumah. Senang untuk tahu kenapa. Ia boleh membesar di tempat kering dan panas yang wujud di kebanyakan rumah. Walaupun ia suka sinaran matahari secara langsung, ia juga boleh mensyesuaikan diri dengan cahaya yang kurang. Corak luar biasanya dan warna yang berbeza-beza sesuai dengan mana-mana dekor rumah.
9.     Snake Plant
Snake Plant
Dengan daun yang tinggi dan menonjol, Snake plant sangat sesuai menjadi dekor. Sementara kebanyakan pokok mengambil oksigen di waktu malam, ia melepaskan oksigen. Letakkan satu Snake plant di dalam bilik tidur anda untuk meningkatkan kualiti udara semasa anda tidur.
10.Peace Lily
Peace Lily
Satu pokok yang mempunyai fungsi dalam banyak aspek berlainan Feng Shui adalah Peace lily. Terkenal untuk bunganya yang putih dan anggun, serta daunnya yang lebat, peace lily memberi kesan yang sama seperti namanya, mempromosikan keamanan dan tenaga harmoni di rumah.

sumber:  http://www.everydayme.com.my.
Read more »

Dekorasi HIASAN ATAS SINKI


Dekorasi HIASAN ATAS SINKI

Pada CikMa, seni dekorasi ini tidak hanya terbatas pada ruangan2 utama rumah saja. Atas sinki, bawah sinki, beranda rumah, tepi peti, pada peti sejuk, pendek kata kat mana2lah...

Seni pada CikMa tak terbatas oleh apapun. Pokok pangkal, kreativiti itu perlu. & yang paling UTAMA selain kreativiti, kehendak dan usaha keArah merealisasikan Kreativiti yang difikirkan...

*CikMa bukan apa, bila dah tersusun kemas ni, hati CikMA tenang...  SENI ITU INDAH!!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more »

Bantal Hiasan Sofa



Bantal Hiasan Sofa

Kalau zaman2 dedulu, kalu namanya Sofa, mesti harganya MAHAL. Berbeza pada zaman sekarang ni, dengan adanya sikit duit, dalam lenih kurang RM5ratus je dah boleh beli satu set Sofa. Satu set tuuuuuu, bukan seketul sketul.

Kalu korang nak tahu, dekat umah CikMa di kampung, walaupun pada zaman skarang ni, kami masih lagi gunakan kerusi set yang lama. Kerusi set kayu dengan kusyen yang bentuknya empat segi. Kalau set kerusi lama tu, xde aksesori tampahan yang datang skali ngan kerusi tu. Maksud CikMa, aksesori seperti bantal.

Kalau korang biasalah tengok, majoriti sekarang ni bila kita beli set Sofa, ia akan datang skali dengan aksesori iaitu bantal. Macam dalam gambar kat atas ni, salah satu contohlah. Gambar atas ni CikMa snap di umah Qie. Cantik kan?

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more »

KREATIVITI Hasilkan SENI





KREATIVITI Hasilkan SENI

Marmar pecah (mosaic).. Kalu bagi pada CikMa, kompem Cikma akan tanya apakejahnya nak buat ngn mende2 ni... Sungguh, CikMa tak tipu, CikMa cakap betul...



TAPI........... Kat sini selepas CikMa tengok kreativiti ni, persepsi CikMa terhadap 'Marmar Pecah' dah berubah... Totally BERUBAH...

Memang kreatif, sungguh sungguh sungguhhhhhhhhh kreatif... Korang setuju tak dengan CikMa?

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more »

Siapa Kata TOILET Tak Boleh Di MAKEOVER





Siapa Kata TOILET Tak Boleh Di MAKEOVER

Salam.

Siapa kata Bilik Air tak boleh kita nak buat 'MakeOver'? Pada CikMa, boleh je.... Yelah, sesekali bila ada Inspirasi + Tajaan Baik Punya, terus je CikMa tak pandang belakang dah...

Rembat terus... Hasilnya, peringkat pertama ni, bilik air Utama Umah CikMa ni JADI MANGSA.... Hasilnya, Apa Komen Korang?


*'MakeOver Part 1'...
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more »

Frame Dinding | PENYERI SUASANA KEDIAMAN



Frame Dinding | PENYERI SUASANA KEDIAMAN | Frame pada dinding akan dapat menyerlahkan lagi hiasan pada sesebuah rumah. Kadang2 jugak, bila frame pada dinding yang terlalu banyak akan boleh 'menyemakkan' dinding rumah kita.

Dalam keadaan contoh frame yang CikMa pamerkan ni, ianya dah cukup simple dan sesuai. Cantik.....

Tak semestinya kita menggunakan frame yang mahal untuk mencantikkan dinding, frame2 yang biasa jugak akan kelihatan cantik jika kena pada cara susunan dan cara gantungannya... Selamat mencuba...

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more »

BATU SUNGAI | Hiasan Dalam Kediaman


BATU SUNGAI | Hiasan Dalam Kediaman | Batu sungai? Ye ke Batu Sungai sesuai utk bawak masuk ke dalam rumah? Ye tak ye pun, yelah jugak...

Memang, zaman sekarang ni, apa2 pun akan nampak kreatif jika kena pada tempatnya... Contohnya, bekas lilin umah CikMa ni... Acu cuba try test tengok betul2, nampak kan, hhehehehehe.. BATU SUNGAI dah masuk ke rumah CikMa, hhehhehhe...

Selamat mencuba...

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine