Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Cara Memikat Hati Seorang Lelaki Bernama SUAMI





Cara Memikat Hati Seorang Lelaki Bernama SUAMI

Kehidupan suami isteri memerlukan persediaan mental dan fizikal,justeru persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan yang berpanjangan, ibarat berperang, kita perlu bersedia supaya tidak dikalahkan musuh..Baik suami mahupun isteri, mereka mempunyai peranan masing-masing.

Sebagai isteri misalnya, apa yang patut dilakukan bagi memastikan suami sentiasa melekat dirumah..?Ada suami yang seronok di rumah dan tidak sabar untuk pulang dari tempat kerja semata-mata mahu bersama isteri dan anak2 tetapi ada juga lelaki yang sentiasa mengelak untuk pulang awal dan lebih gemar memerap atau menghabiskan waktu terbuang di tempat kerja.

Apakah puncanya kedua-dua situasi ini, ia tentu berkait rapat dengan layanan atau kemesraan kedua-dua pasangan. Jika masing-masing membuat hal sendiri dan teguh dengan ego, rumah bukan lagi syurga tetapi neraka dalam kehidupan suami isteri.Di sini, CikMa ada beberapa panduan yang boleh diikuti golongan isteri untuk menambat hati suami..

- Berdoa agar disayangi suami

- Sambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung buat perkara lain apabila dia balik ke rumah.

- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari
   (jika suami dalam mood yang baik)

- Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

- Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati.

- Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.

- Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar anda mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah itu.sebagai cenderahati ketika memujuk

- Masak makanan kegemaran suami.

- Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah dan pakaian.

- Pujuk suami bila dia marah atau kecil hati.

- Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.

- Elakkan daripada suami menunggu terlalu lama apabila bersiap atau bersolek.

- Bila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

- Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta secara ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

 In Syaa Allah, kalau kita baik pada suami,suami akan baik pada kita..tapi, kalau dah ditakdirkan kita dapat suami yang tidak baik,bersabarlah,mungkin ada hikmah di sebaliknya


sumber: http://cintaimaginasi.blogspot.com

Read more »

10 FAKTA TENTANG LELAKI







10 FAKTA TENTANG LELAKI

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari,tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka,ini menunjukkan mereka benar-benar serius.



sumber: facebook
Read more »

Lelaki Perlukan Syampu Juga!


                                                    http://www.queachmad.com/


Lelaki Perlukan Syampu Juga!

Lelaki amatlah bertuah dan adakalanya, CikMa amat cemburu kepada mereka. Berbeza dengan kaum wanita yang perlu risau tentang mekap, rambut, dan pakaian. Lelaki biasanya hanya perlu risau tentang rambut kerana itulah satu-satunya bahagian yang menyerlahkan penampilan mereka.
Walaupun begitu, CikMa rasa kebanyakan lelaki tidak memilih produk-produk seharian mereka. Bahkan mereka tidak kisah jenis atau jenama apa yang digunakan untuk berdandan. Jangan terkejut, ada daripada mereka yang menggunakan sabun badan sebagai syampu.
Namun begitu, ini mungkin sebab rambut mereka tidak sepanjang atau selebat kaum wanita dan mereka rasa syampu rambut tidak diperlukan.
Terpulanglah kepada kita sebagai wanita untuk memastikan lelaki generasi kini sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan rambut mereka. Dapatkan tip-tip di bawah ini untuk menyelitkan tanggungjawab memilih syampu yang betul kepada suami, ayah, adik, abang, kekasih, atau kawan lelaki anda. Bukan semua orang ada rambut yang sempurna seperti Patrick Dempsey.
1.            Nasihatkan mereka untuk menjaga rambut dengan baik
Kebanyakan lelaki memerlukan 5 minit untuk mandi. Dengan tapak tangan yang besar dan kuat, pasti ia dapat mencuci rambut dengan bersih sekali, kan? Tapi, nasihatkan mereka bahawa rambut seharusnya dicuci dengan selembut yang mungkin. Sebaliknya, berikan urutan tersebut ke atas kulit kepala. Gunakan air suam (bukan air panas!) dan produk yang berkesan untuk membersihkan tinggalan jel rambut. Serap air dari rambut yang basah dengan tuala jika boleh, bukan pengering rambut.
2.            Gunting rambut
Bahagian rambut di hujung rambut tidaklah bertumbuh lagi – ia cuma menjadi lebih tua. Sebab itulah biasanya ia kelihatan kurang bermaya dan rapuh. Lebih-lebih lagi dengan proses perwarnaan rambut, produk stail rambut dan penggunaan pengering rambut. Bantu si dia, atur masa yang sesuai untuknya di salun kesukaannya sebelum rambut menjadi lebih lemah.
3.            Match Your Shampoo to Your Hair Type
Semua orang mempunyai rambut dan kulit kepala yang berbeza. Oleh itu, kita mesti menggunakan syampu khas untuk keperluan rambut kita. Tahukah anda, rambut untuk lelaki dan perempuan menepati keperluan yang berbeza? Rambut seorang lelaki adalah lebih tebal, dan teksturnya berlainan daripada rambut seorang wanita disebabkan pembebasan hormon testosteron. 
4.            Petua Mencuci Rambut
CikMa pernah membaca tip ini daripada sebuah buku. Untuk membersihkan rambut sepenuhnya daripada penggunaan produk rambut, gunakan cecair syampu sebanyak sebiji kacang dan campurkan dengan sodium bikarbonat (baking soda). Cuci rambut dengan campuran ini. 

5.            Pemakanan dan Senaman Seimbang
Cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut anda adalah pemakanan yang sihat dan seimbang. Rambut terdiri daripada pembentukan protein, jadi makanlah lebih banyak daging, produk susu, dan soya. Untuk kelembutan dan kekuatan rambut, pastikan bekalan vitamin B dan Biotin mencukupi (beras perang, sayur-sayuran, dan telur). Akhirnya, senaman membantu peredaran darah dalam badan dan mengalirkan nutrisi ke kulit kepala.

sumber: http://www.everydayme.com.my
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine