Herba vs Jamu
Herba terdiri dari bahan-bahan dalam masakan berpantang itu sendiri seperti jintan hitam, halba, kulit kayu manis, cengkih, halia, kunyit, jintan putih dan sebagainya.
Manakala ramuan jamu terdiri dari akar kayu dan bahan-bahan yang sukar diperolehi dan bukan sebahagian bahan makanan seperti tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek, manjakani, akar teja lawang, setunjang bumi dan sebagainya.
Perbezaan herba dan jamu untuk rawatan herba berpantang
Herba bersifat neutral membantu melawaskan pembuangan air besar. Konsep internal cleansing atau pembersih dalaman lebih dititikberatkan. Ini kerana rawatan dari herba menumpukan pada kandungan perut yang menjadi punca segala keracunan atau toksik badan.
Jamu adalah panas. Konsep panas ini bagi membantu menghangatkan tubuh ibu yang senang terkena angin sejuk. Dan konsep panas itu juga digunakan untuk merawat urat saraf. Oleh kerana ia panas, kadang-kadang ia menyebabkan sembelit.
Herba, Jamu vs Jaundice
Bagi ibu-ibu yang ingin mengamalkan perubatan tradisional, tetapi takut jika anak diserang penyakit kuning, digalakkan ibu-ibu memilih herba yang bersifat lawas berbanding jamu. Ini kerana ibu yang lawas turut membantu kelawasan bayi membuang air besar dan kecil, yang merupakan salah satu cara mengeluarkan kuning badan.
Maka ibu-ibu perlulah bijak. Ibu-ibu perlu memantau keadaan anak yang menyusu badan sama ada herba atau jamu yang anda makan membantu anak membuang air besar atau tidak. Kerana ada sesetengah ubat bersalin yang menggunakan perkataan "jamu" dipasaran turut melawaskan pembuangan air besar.
0 comments:
Post a Comment