Kehamilan Anggur? Apakah
Sebenarnya?
Haaa..hari nie nak kongsikan sikit info tentang kehamilan anggur??ermmm apakah kehamilan anggur???joomm kita baca info tentang kehamilan anggur nie..
Kehamilan anggur biasanya terjadi hasil daripada persenyawaan antara sperma dengan ovum yang akan
membentuk ketulan baru yang dipanggil blastosis dan seterusnya menjadi embrio.
Tetapi hal ini
tidak terjadi pada kehamilan
anggur. Kehamilan anggur atau mola hidatidosa merupakan keadaan rahim tidak
berisi janin. Sebaliknya hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur.
Sel telur (sel dalam) terhenti perkembangannya pada
minggu ke-3 atau ke-4. Sel luar (trofoblas) sahaja yang berkembang dan
membentuk plasenta. Masalah ini mungkin dapat dikesan seawal minggu ke-6
kehamilan.
Sel trofoblas yang kosong ini
kemudiannya membengkak, membentuk gelembung-gelembung berisi cairan, mirip buah
anggur. Ukurannya ada pelbagai saiz. Ada yang antara 1 mm hingga 2 sm.
Jika dilihat melalui mikroskop, tidak ada pembuluh
darah di dalamnya. Bagaimanapun jumlah selnya tetap terus bertambah.
Berikut adalah simptom-simptom yang di kesan
** Kadar HormonChorionic Ginadothropin (HGC)
tinggi.
** Kandungan kelihatan lebih besar, hamil tiga
bulan seperti enam bulan.
** Mual dan muntah yang luar biasa pada trimester
pertama.
** Berlaku pendarahan yang berulang.
Rawatan
** Sel-sel trofoblas perlu dikeluarkan mengikut
prosedur tertentu.
** Hamil anggur yang tidak dirawat boleh
mengakibatkan masalah lain termasuk kematian.
sumber: facebook
0 comments:
Post a Comment