Herba vs Jamu





Herba vs Jamu

Herba terdiri dari bahan-bahan dalam masakan berpantang itu sendiri seperti jintan hitam, halba, kulit kayu manis, cengkih, halia, kunyit, jintan putih dan sebagainya.

Manakala ramuan jamu terdiri dari akar kayu dan bahan-bahan yang sukar diperolehi dan bukan sebahagian bahan makanan seperti tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek, manjakani, akar teja lawang, setunjang bumi dan sebagainya.

Perbezaan herba dan jamu untuk rawatan herba berpantang

Herba bersifat neutral membantu melawaskan pembuangan air besar. Konsep internal cleansing atau pembersih dalaman lebih dititikberatkan. Ini kerana rawatan dari herba menumpukan pada kandungan perut yang menjadi punca segala keracunan atau toksik badan.

Jamu adalah panas. Konsep panas ini bagi membantu menghangatkan tubuh ibu yang senang terkena angin sejuk. Dan konsep panas itu juga digunakan untuk merawat urat saraf. Oleh kerana ia panas, kadang-kadang ia menyebabkan sembelit.

Herba, Jamu vs Jaundice

Bagi ibu-ibu yang ingin mengamalkan perubatan tradisional, tetapi takut jika anak diserang penyakit kuning, digalakkan ibu-ibu memilih herba yang bersifat lawas berbanding jamu. Ini kerana ibu yang lawas turut membantu kelawasan bayi membuang air besar dan kecil, yang merupakan salah satu cara mengeluarkan kuning badan.

Maka ibu-ibu perlulah bijak. Ibu-ibu perlu memantau keadaan anak yang menyusu badan sama ada herba atau jamu yang anda makan membantu anak membuang air besar atau tidak. Kerana ada sesetengah ubat bersalin yang menggunakan perkataan "jamu" dipasaran turut melawaskan pembuangan air besar.
Read more »

KONTES U-BLOGGER

PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER
Syarat-syarat Penyertaan
1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
*sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".

SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?

JAWAPAN = .................................


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Instagram

Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]


Senarai Fanpage U-Blogger



Read more »

Vericose Veins (Urat Timbul) Perlu Di Elakkan Ibu Mengandung






Vericose Veins ( Urat Timbul) Perlu Di Elakkan Ibu Mengandung

Ibu yang memakan terlalu banyak makanan atau minuman yang bersifat sejuk dan berangin bukan sahaja menyebabkan kesan angin pasang kepada bayi setelah dilahirkan, malah ia turut menyumbang kepada pembengkakan urat atau dikenali sebagai vericose veins. 

Meskipun ia dikatakan sebagai penyakit keturunan, tetapi ia boleh juga berlaku pada ibu-ibu yang mengandung kerana tidak menjaga diet pemakanan. 

Verisoce veins ialah pembengkakan urat dibahagian kaki sehingga imbul urat kehijauan seperti ular menjalar dikawasan betis, paha, cawan faraj dan kadang-kala menghampiri pintu faraj. dan ia kadang kala boleh merebak keseluruhan kaki.

Ia berlaku apabila urat yang timbul ini pecah. Mengikut ilmu melayu ia disebabkan oleh gangguan aliran darah yang telah dimasuki angin sejuk akibat ketidakseimbangan suhu badan.

Antara makanan yang perlu dielakkan ketika mengandung untuk mengelakkan vericose veins in dari berlaku ialah:

1. Jenis ikan2 berbisa: bawal hitam, terubuk, pari
2. Sayur-sayuran dan buahan menjalar: timun, labu, kacang botol, kacang buncis, kacang panjang,       kangkung, tembikai
3. Buahan-buahan sejik: durian belanda, ciku, duku dan langsat.

sumber: facebook
Read more »

Motivasi Di Pagi Hari




Motivasi Di Pagi Hari


Jika kita bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENIMBA ILMU...

Jika kita bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktunya kita untuk saling BERTUKAR ILMU...

Jika kita bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENYAMPAIKAN ILMU...

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktunya kita untuk MUHASABAH DAN MERENUNG...

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA UMPATAN DAN MENGADU DOMBA, itulah waktunya kita untuk DIAM & BERLALU PERGI..

sumber: facebook
Read more »

ADAB PERTUTURAN BUAT ANAK





ADAB PERTUTURAN BUAT ANAK


1. Biasakan bersuara rendah
Anak yang biasa mendengar ibu bapanya bertutur dengan suara yang rendah dan lembut akan lebih berkemungkinan memperoleh watak yang lembut da mulia. Ia tidak mudah berkasar dengan rakan-rakannya dan orang-orang lain. Al-Quran juga ada mengingatkan bahawa bercakap dengan suara yang tinggi adalah seperti 'seekor keldai'.

2. Bercakap dengan Mata-Temu-Mata(MTM)
Hubungan MTM ini memberi anak kecil keyakinan bahawa ibu ayahnya memberi tumpuan kepadanya dan menyayanginya. Ibu ayah yang mengamalkan MTM akan cepat memahami betapa pentingnya hubungan konsentrasi sebagai asas pendidikan & pembangunan anak-anak. Dengan cara MTM ibu bapa akan membiasakan anak-anaknya mudah memberi tumpuan sepenuhnya setiap kali mereka bercakap, belajar atau berfikir. 

3. Bercakap secara positif, optimis dan meransang
Adab ketiga ini ada kaitannya dengan pembinaan asas-asas kemanusiaan dan ketauhidan. Dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut ibu bapa akan membina suasana tenteram dan mulia. Ibu bapa boleh menyatakan aspek-aspek keagungan, kekaguman tentang benda-benda seperti hujan, air, kesihatan, bulan, ikan dan sebagainya yang memberi tanda kebesaran Tuhan.

4. Adab memuji Allah swt
Setelah anak dapat memerhatikan keindahan dan kesempurnaan sesuatu perkara serta berpandangan positif atas setiap kejadian, maka perasaan syukur dan pujian harus dihadapkan kepada Allah SWT yang menjadikan makhlukNya. Antara latihan ialah mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan seumpamanya. 

5. Adab silaturrahim
Adab silaturrahim sangatlah penting kerana anak yang cerdik harus juga menjadi anak yang mulia. Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik iaitu sentiasa buat baik dengan orang, suka menolong, ghairah dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan akan mencorakkan anak sedemikian juga. Anak-anak kecil yang membesar dalam suasana yang kaya dengan penghayatan itu akan lebih berkemungkinan untuk membina budaya silaturrahim dan menjadi orag-orang yang disayangi dan dihormati oleh orang lain.
Read more »

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS







JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS


Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ) 

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.


sumber: facebook
Read more »

Petua Untuk Bakal Bapa





Petua Untuk Bakal Bapa

Sebaik ada anak, tugas automatik yang wajib diketahui oleh bakal bapa adalah menukar lampin. Pertama kali melakukannya pasti anda akan kelam kabut. Mana hendak pujuk si kecil yang rancak menangis, mana hendak tahan bayi daripada terkencing semula dan mana hendak mengambil keperluannya.

Selain daripada berhadapan dengan masalah kelam kabut ketika menukar lampin bayi, pasti papa dan mama turut tertanya-tanya berapa kerap hendak menukar lampin anak dalam sehari?

Seeloknya, menukar lampin anak secara kerap terutama ketika usia masih bayi. Ini kerana air kencing mereka mengandungi bakteria dan boleh menyebabkan kulit menjadi merah dan seterusnya mengakibatkan ruam lampin.

Pastinya anda sudah memahami rutin bayi membuang najis dan ia memudahkan anda mengagak bilakah waktu paling sesuai untuk menukar lampin bayi. Biasanya sebaik bangun dari tidur, tukarlah lampin si kecil.

Biasanya bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya dan kencing setiap satu hingga tiga jam. Oleh kerana kebanyakan lampin pakai buang sekarang mempunyai serapan kebasahan yang baik, mungkin bayi tidak akan menangis akibat lampin basah. Maka, anda perlu periksa tahap kebasahan lampin bayi dalam masa dua jam sekali untuk mengelakkan kulitnya merah.

Jangan lupa juga menukar lampin bayi sebelum mereka tidur untuk mengelakkan bayi terjaga ketika tidur kerana tidak selesa.

Untuk mengelakkan masalah kelam kabut ketika menukar, pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan berdekatan :

*Ruang yang selamat

*Tisu basah atau air suam

*Lampin bersih

*Krim lampin

*Persalinan pakaian bersih

*Bekas membuang lampin kotor

Untuk mengelakkan bayi bergerak (terutama bayi yang sudah pandai meniarap), alihkan pandangannya dengan memberikan alat permainan supaya dia leka dan mudah untuk anda menyelesaikan tugas menukar lampin.

sumber: facebook
Read more »

KREATIVITI Hasilkan SENI





KREATIVITI Hasilkan SENI

Marmar pecah (mosaic).. Kalu bagi pada CikMa, kompem Cikma akan tanya apakejahnya nak buat ngn mende2 ni... Sungguh, CikMa tak tipu, CikMa cakap betul...



TAPI........... Kat sini selepas CikMa tengok kreativiti ni, persepsi CikMa terhadap 'Marmar Pecah' dah berubah... Totally BERUBAH...

Memang kreatif, sungguh sungguh sungguhhhhhhhhh kreatif... Korang setuju tak dengan CikMa?

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more »

Siapa Kata TOILET Tak Boleh Di MAKEOVER





Siapa Kata TOILET Tak Boleh Di MAKEOVER

Salam.

Siapa kata Bilik Air tak boleh kita nak buat 'MakeOver'? Pada CikMa, boleh je.... Yelah, sesekali bila ada Inspirasi + Tajaan Baik Punya, terus je CikMa tak pandang belakang dah...

Rembat terus... Hasilnya, peringkat pertama ni, bilik air Utama Umah CikMa ni JADI MANGSA.... Hasilnya, Apa Komen Korang?


*'MakeOver Part 1'...
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more »

Meja Makan



Meja Makan

Penting ke sesebuah meja makan kena beli pada sesebuah rumah? Pada CikMa, penting kot. Sebab apa ek? Sebab CikMa ni Suami yang ada bumper yang besar kat bahagian depan, senak perot kalau makan bersila, hehehhhe. Harap2 korang paham la ye :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more »

Kebudayaan Malaysia



Kebudayaan Malaysia  

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia.

Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama BuddhaTaoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin,  Hokkien,Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli.

Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit,silat dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.

Seperti rakyatnya,makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih muih yang menepati selera pelancong luar negara dan tempatan.

sumber: wikipedia (ensiklopedia bebas)
Read more »

6 Langkah Ubah Wajah Bilik Tidur Anda


6 Langkah Ubah Wajah Bilik Tidur Anda
Ramai beranggapan bilik tidur tidak perlu dihias cantik seperti di ruang tamu atau ruang makan kerana ia jarang atau tidak pernah pun dijenguk tetamu. Sebenarnya bilik tidur juga perlu dihias cantik lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai bilik tetamu. Bayangkan jika ada tetamu yang membawa anak kecil dan memohon keizinan untuk menyusu atau menidurkan anak, jadi untuk mengelakkan gangguan dari suasana bising dan ruang privasi, maka tiada lagi tempat yang sesuai melainkan bilik tidur.Berikut CikMa senaraikan beberapa ilham menghias semula bilik tidur. 

1. Cat Semula

  • Sebaik-baiknya dibuat sebulan awal sebelum berhari raya. Tetapi jika anda seorang yang sangat cekap mengecat, anda boleh mengecat sebahagian dinding dengan warna terang sebagai titik tumpu. Dengan mengecat semula dinding atau sebahagiannya menggunakan warna terang, anda pasti merasai perubahan suasana dalam bilik sekelip mata. Bilik tidur pun akan nampak lebih segar dan ceria.
2. Teknik Span
  • Gunakan teknik span dan mencipta corak menarik di atas permukaan dinding yang masih elok keadaan catnya.
3. Pasang Langsir
  • Pasang langsir baru atau padankan corak langsir dengan tema cadar supaya suasana bilik tampil lebih manis.
4. Ambal
  • Hamparkan ambal atau permaidani berukuran kecil. Anda perlu bijak meletakkan permaidani di tempat yang betul agar ia menjadi titik tumpu dan memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur. Pilih corak dan tekstur yang sesuai dengan gaya bilik tidur.
5. Tukar Cadar
  • Tambah seri bilik tidur dengan penggunaan set cadar baru. Home’s Harmony menawarkan aneka set cadar pada harga berpatutan. Set cadar dari himpunan Jean Perry dari Paris yang dihasilkan 100 peratus daripada combed cotton sateen sungguh lembut membelai tubuh badan sewaktu anda tidur.
  • Bagi yang lebih gemar kepada bahan semula jadi, Home’s Harmony Jean Perry Eco Silk dan Gemora Lavinia Classic Eco Silk dengan kadar serapan tinggi membantu menyesuaikan suhu badan anda agar anda tidur dengan lebih selesa.
6. Tambah Perabot Atau Hiasan
Tambah perabot atau hiasan. Sama ada jambangan bunga segar atau lampu berterendak di atas meja ataupun lampu berkaki tinggi, otoman atau sofa bersayap di sudut yang sesuai.
sumber: anjung seri
Read more »

10 TIPS Untuk Didik Anak Menjadi SOLEH

10 TIPS untuk didik anak menjadi SOLEH

10 TIPS Untuk Didik Anak Menjadi SOLEH 


Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.



Berikut adalah perkara-perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan;

“Asas agama ialah mengenal Allah”.

Perkara pertama yang wajib kita ajarkan kepada anak-anak kita ialah kalimah Syahadah. Mengajar kalimah Syahadah bukan hanya mengajar menutur atau mengucapkannya sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini, tetapi juga mengajar apa pengertian kalimah tersebut?, apa yang tuntut olehnya? dan apa perkara-perkara yang bertentangan dengan kalimah tersebut yang mesti dijauhi dari melakukannya?.

Kita perlu memberitahu anak-anak kita –dari semasa ke semasa- bahawa dengan mengucapkan kalimah tersebut mereka telah mengisytiharkan diri mereka beriman kepada Allah. Oleh demikian, mereka wajib mentaati Allah pada setiap ketika dan dalam setiap gerak-geri serta tingkah-laku mereka. Pada masa yang sama, mereka wajib menolak segala yang bertentangan dengan kehendak Allah sama ada yang berupa agama (yang lain dari Islam), fahaman, ideologi, budaya, gaya hidup, tingkah-laku, peraturan, undang-undang dan sebagainya. Inilah tuntutan kalimah Syahadah yang dapat kita fahami dari firman Allah:

“Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh, yang tidak akan putus selama-lamanya. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (al-Baqarah: 256)

Menurut Imam Sa’id bin Jubair dan Imam ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang teguh’ dalam ayat di atas ialah kalimah 'Lailahaillallah' Adapun thagut, maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’ sama ada Iblis, Syaitan dan sebagainya.

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain

Rasulullah s.a.w. sendiri telah berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak-anak kita, di mana baginda bersabda;

“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)

Solat adalah tiang agama. Menunaikan solat beerti menegakkan agama dan meninggalkannya beerti mengabaikan agama. Dalam pendidikan, solat mempunyai rahsia didikan yang amat hebat kepada anak-anak kita. Di samping mendidik anak-anak kita agar sentiasa ingat kepada Allah, solat menjadi benteng kepada mereka dari keruntuhan ahklak dan gejala social. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia dari melakukan dosa dan munkar sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah sendiri;

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar”. (al-Ankabut: 45)

Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak-anak kita ke mana saja mereka pergi untuk memastikan mereka berbuat baik di mana-mana sahaja mereka berada. Namun jika kita berjaya mendidik anak kita dengan solat sehingga solat itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan kejahatan dan maksiat.

Selain dari solat, kita juga wajib mengasuh mereka menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita

Menuntut ilmu agama diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Menuntut ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas r.a. dan al-Hasan bin Ali r.a.)

Bagi anak-anak, tanggungjawab mengajar ilmu agama kepada mereka asalnya adalah kewajipan ibu-bapa. Namun jika ibu-bapa tidak mampu mengajar sendiri anak-anak mereka, mereka wajib mencari seorang guru/ustaz yang dapat mengajar anak-anak mereka segala hal yang wajib diketahui tentang agama merangkumi;

a) Ilmu aqidah

b) Ilmu Ibadah

c) Ilmu halal dan haram (dalam makanan, percakapan, tindakan, pergaulan dan sebagainya)

d) Ilmu tentang hati dan rohani

e) Ilmu tentang kewajipan sebagai seorang muslim

f) Ilmu untuk membaca al-Quran

g) Ilmu tentang adab-adab sebagai seorang muslim

Kita melihat hari ini ramai ibu-bapa mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menekankan ilmu-ilmu duniawi seperti sains, matematik dan sebagainya. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi memastikan anak-anak mereka lulus dengan cemerlang dalam ilmu-ilmu tersebut. Namun ilmu agama mereka abaikan. Mereka tidak pernah risau anak-anak mereka jahil tentang agama asalkan pandai ilmu-ilmu lainnya. Kerana itu tidak hairanlah jika kita dapati hari ini ramai anak-anak orang Islam yang semakin liar dari agama; meninggalkan solat, tidak tahu membaca al-Quran, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dengan maksiat dan munkar. Semua gejala ini puncanya tidak lain dari pengabaian terhadap didikan agama oleh ibu-bapa.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)

Anak-anak memerlukan qudwah (yakni contoh/tauladan) untuk menjadi anak-anak yang soleh. Qudwah ini seharusnya bermula dari ibu-bapa dan juga suasana di rumah. Biah atau suasana di rumah mempunyai peranan yang besar dalam membentuk anak-anak. Oleh demikian, suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Pada masa yang sama, elakkanlah sebarang bentuk maksiat dan munkar dari rumah kita. Selain itu, menghidupkan sunah Nabi di dalam rumah juga memberi kesan besar dalam mewujudkan biah/suasasa keislaman di dalam rumah. Antara sunnah Nabi s.a.w. yang perlu kita praktikkan di rumah ialah;

a) Membaca al-Quran di rumah

Seboleh-bolehnya, ibu-bapa hendaklah menunjukkan minat mereka terhadap al-Quran dengan selalu membacanya di rumah di hadapan anak-anak mereka. Dalam satu hadis, Rasulullah mengibaratkan rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya umpama kubur-kubur. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah”. (Riwayat Imam Muslim)

Bagi ibu-bapa yang tidak berkesempatan membaca al-Quran di rumah atau tidak berkemampuan membacanya, maka sebagai alternatif lain untuk menghidupkan suasana al-Quran di rumah ialah dengan memutarkan kaset-kaset atau cd-cd al-Quran di dalam rumah pada setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada masa anak-anak berhimpun di rumah.

b) Mengerjakan solat-solat sunat di rumah

Sabda Rasulullah s.a.w.;

“Kerjakanlah solat –wahai manusia- di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling afdhal ialah seseorang mengerjakan solat di rumahnya kecuali solat yang fardhu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Thabit r.a.)

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda; “Kerjakanlah sebahagian solat kamu dirumah kamu. Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)

Antara solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan di rumah ialah solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat, solat taubat, solat tasbih, solat witir, solat sunat yang mengiringi solat fardhu dan sebagainya. Ibu-bapa yang selalu mengerjakan solat-solat sunat di rumah akan memberi qudwah kepada anak-anak dalam menanamkan sikap suka beribadah dan meningkatkan kesedaran rohani mereka.

Lebih baik lagi jika anak-anak turut diajak bersama-sama mengerjakan ibadah-ibadah tersebut. Adalah harus –sebagai latihan- pada selang-selang waktu tertentu solat-solat sunat tersebut (khususnya solat malam atau qiyamullail) dilakukan secara berjamaah bersama ahli keluarga dengan diimankan sendiri oleh bapa sebagai ketua keluarga. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Jika seorang lelaki mengejutkan ahli keluarganya pada waktu malam, lalu mereka mengerjakan solat dua rakaat bersama-sama, nescaya mereka berdua akan ditulis/disenaraikan di kalangan lelaki-lelaki yang banyak berzikir dan perempuan-perempuan yang banyak berzikir”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abi Said r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan isterinya…Begitu juga, Allah mengasihi seorang perempuan yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan suaminya…”. (Riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

c) Hidupkan budaya memberi salam

Anas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya;

“Wahai anakku! Jika kamu masuk menemui ahli keluargamu (di rumah kamu) maka berilah salam kepada mereka, nescaya akan dilimpahi keberkatan ke atas kamu serta ahli rumah kamu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas r.a.)

Memberi salam bermakna kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada orang yang kita ucapkan salam kepadanya. Apabila ibu-bapa mengucapkan salam kepada anak-anak mereka (tatkala baru sampai di rumah atau tatkala ingin keluar dari rumah atau ingin berpisah dengan mereka) maka ia telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk mereka. Apabila mereka menjawabnya, maka mereka mendoakan pula keselamatan dan kesejahteraan untuk bapa atau ibu mereka. Fenomena saling doa-mendoakan ini pastinya akan mewujudkan suasana harmoni dan kasih-sayang di dalam keluarga.

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya para sahabat baginda; “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan saling berkasih-sayang?”. Jawab mereka; “Ya”. Lalu baginda bersabda;

“Hidupkan budaya memberi salam antara sesama kamu”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

Antara adab-adab Islam yang perlu dipraktikkan oleh ibu-bapa serta ahli keluarga di rumah ialah adab ketika makan, adab ketika masuk dan keluar tandas, adab berpakaian, adab anak-anak ketika hendak masuk ke bilik ibu-bapa (terutamanya apabila anak-anak telah mumayyiz), adab keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya. Adab-adab ini amat penting kerana ia melibatkan amalan dan rutin harian yang boleh memberi contoh berkesan kepada anak-anak dalam meningkatkan roh keislaman mereka.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau

Dalam hal ini, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. menyebutkan;

“Jika kamu lihat seorang lelaki selalu berulang-alik ke masjid, maka saksikanlah untuknya dengan iman (yakni akuilah bahawa ia sememangnya seorang yang benar beriman)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id r.a.)

Masjid adalah rumah Allah. Orang yang hatinya terikat dengan masjid menunjukkan bahawa jiwanya dekat dengan Allah. Alangkah bertuahnya kita jika anak-anak kita memiliki hati dan jiwa sedemikian. Oleh itu, perlulah kita berusaha bersungguh-sungguh mendekatkan anak-anak kita dengan masjid, atau sekurang-kurangnya surau atau mushalla. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menceritakan tujuh orang yang akan mendapat perlindungan Allah di akhirat, antara mereka ialah ‘seorang pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah dan seorang lelaki yang hatinya terikat dengan masjid’. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah r.a.)

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita

Semangat jihad yang kita maksudkan ialah semangat cintakan agama dan kesedaran untuk berkorban demi agama. Ramai di kalangan kita menganggap anak-anak belum tiba masanya untuk didedahkan dengan semangat jihad kerana mereka masih kecil. Anggapan ini ternyata salah. Sebenarnya dari kecillah kita perlu tanamkan semangat jihad ke dalam diri anak-anak kita supaya mereka akan terbiasa dengan semangat ini sejak awal mereka mengenali dunia dan kehidupan lagi. Lebih-lebih lagi apa yang disemai ketika kecil akan melekat kukuh dalam jiwa manusia sebagaimana kata hikmah;

‘Pengajaran semasa kecil umpama memahat di atas batu”.

Untuk menyemai semangat jihad dan perjuangan Islam ini, antara usaha yang perlu kita lakukan ialah dengan menceritakan kepada anak-anak kita –dari masa ke semasa- sejarah/sirah perjuangan Nabi kita Muhammad s.a.w. dan juga tokoh-tokoh pejuang Islam terdahulu terdiri dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, para alim-ulama’, para Syuhada’ dan sebagainya.

Amat menyedihkan kita apabila melihat anak-anak umat Islam hari ini di mana mereka lebih mengenali artis-artis dan pelakon-pelakon dari mengenali para Nabi dan Rasul, tokoh-tokoh Islam, ulama’-ulama’ dan para pejuang Islam. Keadaan ini memerlukan usaha bersungguh-sungguh dari kita sebagai ibu-bapa untuk mengubahnya.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

Antara perkara yang perlu kita tanamkan sungguh-sungguh ke dalam jiwa anak-anak kita dalam usaha kita mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh ialah sikap cintakan ilmu dan sukakan majlis-majlis ilmu. Dengan adanya semangat cintakan ilmu dan majlis ilmu akan timbullah keinginan dalam diri anak-anak kita untuk menuntut ilmu agama secara berterusan hingga ke akhir hayat mereka tanpa had umur atau batasan waktu.

Jika kita perhatikan majlis-majlis ilmu hari ini, boleh dikatakan keseluruhan yang hadir ialah golongan dewasa dan juga orang-orang tua. Di mana anak-anak atau kanak-kanak? Kenapa mereka tidak dibawa bersama oleh ibu-bapa mereka untuk sama-sama menuntut ilmu? Demi masa depan anak-anak kita, marilah kita ubah keadaan ini. Marilah kita bawa bersama anak-anak untuk sama-sama berada di dalam majlis ilmu yang diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai taman syurga. Baginda bersabda;

“Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah di situ”. Lalu sahabat bertanya; “Apa itu taman syurga, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah; “Iaitulah majlis-majlis ilmu””. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan

Kita tidak boleh mengongkong anak-anak kita dari berkawan. Namun apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan anak-anak kita memilih kawan-kawan atau teman-teman yang baik supaya ia tidak terjebak ke dalam kejahatan dan maksiat kerana pengaruh kawan. Hal ini merupakan pesanan Rasulullah s.a.w. di mana baginda bersabda;

“Seseorang itu berada di atas agama temannya. Oleh itu, hendaklah setiap dari kamu memerhatikan dengan siapa ia berteman”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita agar pandai memilih kawan/teman kerana kawan boleh mempengaruhi pengamalan agama kita. Maka sebagai ibu atau bapa, pesanan yang sama perlu kita sampaikan kepada anak-anak kita kerana mereka adalah tanggungjawab kita.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh

Doa adalah senjata kita orang-orang beriman. Dengan doa kita boleh memohon apa sahaja hajat kita dari Allah. Malah Allah amat suka hamba-hambanya yang banyak berdoa dan bermohon dariNya. Salah satu perkara yang perlu selalu kita pohonkan dari Allah ialah anak-anak yang soleh. Seboleh-bolehnya setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa berdoa agar kita sekelian dianugerahkan Allah anak-anak yang soleh. Antara bentuk doa memohon anak soleh ialah yang termaktub di dalam al-Quran iaitu;

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”. (as-Shaffat: 100)

Atau doa;

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami (anak-anak soleh yang menjadi) penyejuk mata-mata kami (apabila melihatnya) dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang bertakwa”. (al-Furqan: 74)

Selain itu, kita juga perlu berdoa agar Allah memberi ilmu dan kefahaman agama kepada anak-anak kita. Antara doanya ialah;

“Ya Allah, wahai Tuhan kami! Berilah kefahaman kepadanya dalam agama dan ajarkanlah kepadanya memahami al-Quran”.

Doa ini adalah doa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu ‘Abbas r.a.. Berkat doa baginda ini, Ibnu ‘Abbas telah muncul di kalangan sahabat sebagai seorang pentafsir al-Quran yang paling unggul sehingga Abdullah ibnu Mas’ud menyatakan; “Sebaik-baik pentafsir al-Quran ialah Ibnu ‘Abbas”.

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Ibu-bapa hendaklah selalu memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasa mentaati Allah dan menjaga perintah agama. Pesanan, teguran dan kata-kata nasihat dari ibu-bapa merupakan mutiara-mutiara berharga untuk anak-anak kerana ibu-bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Peranan ibu-bapa sebagai pemberi nasihat dan pesanan tidak terhenti setakat anak-anak masih kecil, tetapi berterusan hingga bila-bila sekalipun mereka telah dewasa. 

Pesanan Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya dapat kita dilihat dalam surah al-Baqarah, ayat 132;

“Ibrahim telah berpesan kepada anak-anaknya dengan agama itu (yakni Islam) dan (begitu juga) Yaakob (di mana mereka berkata kepada anak-anak mereka): ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) untuk kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim”. (al-Baqarah: 132).

Pesanan Rasulullah kepada Ibnu ‘Abbas:

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; (Suatu hari) aku berada di belakang Nabi s.a.w.. Lalu baginda bersabda kepadaku; “Hai anak! Aku ingin mengajar kamu beberapa perkataan (iaitu); ‘Peliharalah Allah nescaya Ia akan pelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatinya di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan dari Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya jika sekelian umat manusia berhimpun untuk memberi manfaat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan dengan suatu yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan jika mereka semua berhimpun untuk memberi mudarat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memudaratkan kamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah akan menimpa kamu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran’”. (Riwayat Imam Tirmizi)

sumber: http://iislamku.blogspot.com/2013/06/10-tips-untuk-didik-anak-menjadi-soleh.html
Read more »

Faktor Tarikan Pelancongan Di Malaysia



Faktor Tarikan Pelancongan Di Malaysia

Malaysia menjadi pilihan pelancong dari luar Negara untuk datang ke tanah air dan melihat cara hidup serta pemandangan indah yang terdapat dalam Malaysia. Pelbagai alternatif telah diambil untuk sentiasa memastikan Malaysia menjadi pilihan utama pengunjung dari luar Negara. Terdapat pelbagai faktor tarikan utama pelancongan di Malaysia iaitu:



1. Mempunyai pelbagai budaya

Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan berlainan bahasa seperti Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban dan banyak lagi, ia menjadi tarikan utama pengunjung dari luar datang ke Malaysia. Hal ini kerana pengunjung boleh melihat budaya daripada bangsa yang berbeza. Contohnya mereka berpeluang untuk melihat tarian Melayu, Cina dan India yang masing-masing mempunyai cara dan jenis yang berbeza ketika melakukan persembahan.

2. Pemandangan yang Indah

Malaysia mempunyai banyak lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Antara lokasi menarik dan popular di Malaysia dalah Cameron Highland dan Genting Highland. Kawasan tersebut mempunyai pemandangan alam semula jadi yang indah. Setiap negeri di Malaysia mempunyai tarikannya yang sendiri. Oleh itu, ia akan menarik pengunjung untuk datang ke negeri yang diingini

3. Pulau-pulau menarik

Malaysia juga mempunyai banyak pulau yang menarik. Keindahan air dan pemandangan pulau menambat hati pelancong yang datang ke Malaysia. Antara pulau-pulau yang menarik pelancong adalah Pulau Langkawi, Pulau Sipadan, Pulan Manukan, Pulau Tioman dan banyak lagi. Pengunjung pastinya berpuas hati dengan pemandangan yang mereka perolehi. Tambahan lagi, pulau tersebut sangat cantik dan bersih. Oleh itu, amat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah, mandi manda, snorkling dan sebagainya.

4. Pelbagai aneka makanan

Memandangkan rakyat Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang berbeza sudah pasti Malaysia juga mempunyai pelbagai jenis makanan yang berbeza. Ia menjadi tarikan kepada pelancong kerana pelancong berpeluang untuk merasa makanan yang enak dan lazat yang hanya boleh diperolehi di Negara ini. Antara makanan yang popular adalah Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Sup dan sambal belacan. Selain itu, setiap negeri juga mempunyai makanannya yang tersendiri seperti Terengganu terkenal dengan keropok Lekor manakala Sabah pula makanan yang terkenal adalah Tuhau dan Amplang.
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine